Thursday, March 5, 2015

Persediaan Untuk Kem Kepimpinan Pengawas/Pengawas PSS 2015

Para pengawas sekolah dan Pengawas PSS akan mengikuti Kem Kepimpinan Pengawas pada 6 hingga 7 Mac 2015.  


Berikut adalah senarai alatan yang perlu dibawa oleh para peserta :-

Keperluan Diri

  1. pakaian T-shirt dan seluar track (2 pasang)
  2. kasut sukan/sekolah
  3. stokin
  4. selipar
  5. pakaian ibadat yang sesuai
  6. pakaian dalam yang mencukupi 
  7. alat kebersihan diri (sabun, ubat/berus gigi, tuala)
  8. tikar dan bantal kecil (jika perlu)


    Keperluan Kem
    1. alat tulis
    2. pinggan, sudu dan cawan plastik
    3. alat kebersihan diri (sabun, ubat/berus gigi, tuala)
    4. air mineral dan lain-lain yang difikirkan perlu





    Monday, March 2, 2015

    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2016 dan 2017


    Permohonan Penempatan dan Pendaftaran Murid ke Tahun 1 di sekolah rendah (2016 dan 2017)  akan dijalankan selama sebulan bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2015.

    Kanak-Kanak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 boleh membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2016 dan 2017.  

    Permohonan boleh dibuat seperti ketetapan di bawah.

    Tempat - Pejabat SK Permai Indah
    Hari       - Isnin hingga Jumaat
    Waktu   - 8.30 pg hingga 4.30 ptg

    Dokumen yang diperlukan  

    • Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat (asal dan salinan)
    • Bil Elektrik / Bil Air - sebagai bukti alamat
    • salinan Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga
    • sampul surat saiz 4X9 (115 cm X245cm) yang bersetem






    Sunday, March 1, 2015

    Jaya Waris-Penetapan Target UPSR 2015 - SKPI

    28 Februari 2015
    Satu Program Jaya Waris - Penetapan Target UPSR 2015 telah diadakan.  

    Guru-guru matapelajaran teras kelas-kelas 6R, 6I, 6J dan 6A  - mengadakan sesi bersemuka dengan ibu bapa/waris pelajar Tahun 6 untuk berbincang mengenai perkembangan akademik serta sahsiah anak-anak mereka.  

    Tujuan sesi penetapan target ini adalah bagi memupuk hubungan ibu bapa/guru/pelajar dengan lebih erat.  Pelajar Tahun 6 mendapat bimbingan secara khusus dan ekslusif dari guru setiap mata pelajaran.  Yang penting adalah, para waris dapat berbincang dengan guru untuk membina satu strategik bagaimana dapat meningkat prestasi anak-anak terutamanya bagi menghadapi UPSR.  









    Turut diadakan ceramah bertajuk "Sayang Anakku Sayang" yang disampaikan oleh Hj Abu Bakar b Hj Shafie (Kaunselor Berdaftar LKM)  









    Saturday, February 28, 2015

    Majlis Perpisahan Guru SKPI

    27 Februari 2015
    Majlis Perpisahan Ust. Zawawi dan Cikgu Fazidah Zainon. 







    Friday, February 27, 2015

    Ceramah Kesihatan

    Tarikh           -  27 Feb 2015
    Tajuk            -  Ceramah Kesihatan
    Masa            -  9.00 -10.00 pagi
    Tempat         -  Dewan SKPI
    Sasaran        -  Murid Tahun 4 dan 5 
    Penceramah -   Pegawai Pejabat Kesihatan






    Majlis Bacaan Yassin bersama warga emas

    Satu majlis Bacaan Yassin murid dan guru SKPI bersama warga emas setempat telah diadakan pada 27 Februari.  Bermula kira-kira pukul 7.30 pagi, para guru dan murid SKPI berkumpul di dataran bersama beberapa orang warga emas setempat untuk membaca Surah Yasin.  

    Tujuan program ini dijalankan adalah bagi membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi warga emas di kalangan murid-murid SKPI.  







    Tuesday, February 17, 2015

    Pameran Bertema PSS ^ Literasi Maklumat

    PSS SKPI mengadakan satu mini pameran bertemakan "Sambutan Tahun Baru Cina" sepanjang 18 Feb sehingga 5 Mac.  

    Tujuan pameran ini adalah untuk 

    • memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pelajar tentang Perayaan Tahun Baru Cina
    • memupuk sifat tolenrasi dalam kehidupan masyarakat majmuk
    • menghormati agama serta adat bangsa yang lain
    • mendedah para pelajar kepada teknik mencari maklumat dan pembelajaran kendiri 

    Cara Pelaksanaan

    Para pelajar akan 
    • mengunjungi sudut pameran dan mendapat info dan maklumat daripada bahan yang dipamerkan.
    • membaca buku-buku yang berkaitan yang ditempatkan di ruang pameran tersebut.
    • menjawab soalan-soalan kuiz
    • mencari maklumat lanjutan mengenai topik tersebut melalui buku dan internet.
    • membuat ayat serta mengarang (BM/BI) 
    • menghasilkan hasil kraf tangan perayaan masyarakat Cina (DSV)
    • meneka jumlah angpau dalam bekas (M3)






    (Video - klik di atas)

    Saturday, February 14, 2015

    Mesyuarat Agung PIBG SKPI ke-13

    14 Februari 2015
    Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Permai Indah kali ke-13, telah disempurnakan.  Majlis dirasmikan oleh Tn Hj  Ismail bin Hj Harun, Penolong Pengarah Negeri Jusa C, Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Pulau Pinang.














    Agenda

    1. Pesanan Pengerusi Majlis
    2. Pembentangan & Penerimaan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung ke-12
    3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan
    4. Pembentangan, Penerimaan & meluluskan Penyata Kewangan 
    5. Pembentangan, Membahas dan Menerima usul
    6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2014-15
    7. Pemilihan  Pelantikan AJK PIBG 2015-16
    8. Ucapan Penangguhan
    9. Penangguhan Mesyuarat 
    Video-Klik di atas

    Friday, February 13, 2015

    Notis Mesyuarat Agung PIBG SKPI ke 13


    Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SKPI kali ke 13 akan diadakan seperti ketepan berikut.

    Tarikh     : 14 Februari 2015
    Hari        :  Sabtu
    Masa     :   8.00 pagi
    Tempat  : Dewan SKPI


    Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 ini.  



    Tuesday, February 10, 2015

    Nilam SKPI

    'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.  Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

    OBJEKTIF
    • Menjadikan murid banyak membaca
    • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat  
       membaca ini

    KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM NILAM
     Membaca dan merekod bahan bacaan
    Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.

    • Mengesahkan rekod dan mengumpul data
    Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

    • Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
    Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

    TAHAP-TAHAP DALAM PROGRAM NILAM
    TAHAP JAUHARI
    Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
    Sekolah Rendah
    Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
    Jumlah Buku
    Pengiktirafan
    90 - 179
    Gangsa
    180 - 269
    Perak
    270 - 359
    Emas
    360 ke atas
    NILAM

    TAHAP RAKAN PEMBACA 
    Ianya mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
    Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
    - Bercerita (1 sesi = 5 markah)
    - Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
    - Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
    - Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
    • Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
    Jumlah markah aktiviti
    Pengiktirafan
    100 – 199
    Gangsa
    200– 299
    Perak
    300 – 399
    Emas
    400  ke atas
    NILAM



    SUMBER 
    http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html

    PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH
    Di peringkat sekolah, murid-murid SKPI yang melibatkan diri secara aktif dalam Program NILAM akan diberikan ganjaran dan pengiktirafan seperti berikut :
    ·         Trofi Pembaca Terbanyak Bulanan Setiap Aliran (Tahun 1 sehingga 6)
    ·         Plak Tokoh NILAM 2015  pada  Hari Anugerah Cemerlang pada bulan November.

    # Pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid melalui
       evidens Rekod Bacaan Nilam yang lengkap, kemas serta disemak/ditandatangani oleh guru
       pembimbing.

    AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM PROGRAM NILAM
    • Waktu Perpustakaan – peruntukan satu jam seminggu untuk setiap kelas menggunakan perpustakaan yang diiringi oleh guru BM masing-masing.
    • Projek Pukal - setiap kelas dibenarkan untuk meminjam 50-60 buah buku melalui guru untuk aktiviti bacaan dalam bilik darjah.
    • Pinjaman buku Tahap 2 pada waktu rehat kedua untuk murid Tahun 4-6 dengan menggunakan kad EKK iaitu sebuah buku untuk tempoh seminggu.
    • Pinjaman Buku Tahap 1 – melalui guru kelas/guru BM/guru BI
    • Perpustakaan Bergerak PPNPPpinjaman buku boleh dilakukan dua kali sebulan (Rabu) dengan menggunakan kad ahli PPNPP
    • Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut pada waktu senggang
    • Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
    • Bercerita – Murid-murid digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.
    • Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan

    NAMA MENTOR NILAM SKPI
    KELAS
    PN ZARITA BT JAAFAR
     2 IXORA, 3 RAFFLESIA
    PN NORHAYATI BT AHMAD
     2 RAFFLESIA, 1 JASMINE
    EN MD TASNIM B MD KHALIM
     2 JASMINE, 5 CAMELLIA
    PN HALIMATUN SAADIAH BT HARUN
     2 ALLAMANDA, 5 JASMINE
    EN BIDIN B AWANG
     2 CAMELLIA, 3 CAMELLIA
    PN ROSNITA BT JAAFAR
     3 IXORA, 1 ALLAMANDA
    PN NORFAZIDA BT JAB
     3 JASMINE, 1 RAFFLESIA
    EN. MD FAZLI B MD YUSUFF
     3 ALLAMANDA
    EN RAZALI BIN ABAS
     4 RAFFLESIA, 5 RAFFLEISA,
     6 RAFFLESIA
    EN CHE ZAINAL ABIDIN B ABDULLAH
     4 IXORA, 6 JASMINE
    EN MOHD NAZRI BIN ISHAK
     4 JASMINE, 6 ALLAMANDA
    PN ROSLELAWATI BT OMAR
    4 ALLAMANDA
    PN SABARIAH BT DON
    5 IXORA, 5 ALLAMANDA, 6 IXORA
    PN NOR MARINI BT MOHAMAD
     1 IXORA
    EN MOHD RODZI B ABDUL RAZAK
     1 CAMELLIA





    Monday, February 9, 2015

    Pelancaran i-Nilam & Pelantikan Mentor Nilam SKPI



    Pagi Isnin bersamaan 9 Februari 2015, berlangsung Majlis Pelancaran i-Nilam SKPI 

    Gimik Pelancaran i-Nilam SKPI 2015









    Penyerahan Fail Kutipan Rekod Bacaan Murid kepada guru mentor Nilam















    Senarai Mentor Nilam SKPI 2015
    NAMA PEMBIMBING
    KELAS
    PN ZARITA BT JAAFAR
    2 IXORA, 3 RAFFLESIA
    PN NORHAYATI BT AHMAD
    2 RAFFLESIA, 1 JASMINE
    EN MD TASNIM B MD KHALIM
    2 JASMINE, 5 CAMELLIA
    PN HALIMATUN SAADIAH BT HARUN
    2 ALLAMANDA, 5 JASMINE
    EN BIDIN B AWANG
    2 CAMELLIA, 3 CAMELLIA
    PN ROSNITA BT JAAFAR
    3 IXORA, 1 ALLAMANDA
    PN NORFAZIDA BT JAB
    3 JASMINE, 1 RAFFLESIA
    EN. MD FAZLI B MD YUSUFF
    3 ALLAMANDA
    EN RAZALI BIN ABAS
    4 RAFFLESIA, 5 RAFFLEISA,
    6 RAFFLESIA
    EN CHE ZAINAL ABIDIN B ABDULLAH
    4 IXORA, 6 JASMINE
    EN MOHD NAZRI BIN ISHAK
    4 JASMINE, 6 ALLAMANDA
    PN ROSLELAWATI BT OMAR
    4 ALLAMANDA
    PN SABARIAH BT DON
    5 IXORA, 5 ALLAMANDA, 6 IXORA
    PN NOR MARINI BT MOHAMAD
    1 IXORA
    EN MOHD RODZI B ABDUL RAZAK
    1 CAMELLIA