Monday, March 17, 2014

Perlawanan Ragbi Rimau Peringkat Negeri 2014

Pasukan Ragbi SKPI berjaya menjadi JOHAN dalam Kejohanan Ragbi MSSPP Peringkat Negeri pada 12-13 Mac 2014 yang telah diadakan di SK Seri Impian. 

Pasukan Ragbi SKPI telah menjadi johan selama 4 tahun berturut-turut sejak 2011.















Tahniah diucapkan kepada Pasukan Ragbi serta dua jurulatih SKPI- Cikgu Firdaus dan Cikgu Sopian. 

Senarai pemain-pemain ragbi SK Permai Indah

1. M. Syakir Sopian
2. M. Syamir Helmee
3. M. Syahmi Haziq
4. M. Lutfil Hadi Zaini
5. M. Nazmi Amirul Akmam
6. Ahmad Elias M. Yusri
7. M. Azrin Nizam
8. M. Aqmal Haiqal Norisham
9. Iskandar Zulkarnain Rosidi
10.M. Haris Haikal A. Rahim
11. M. Shahrul Rizal Rosli
12. M. Aziq Hakimi Hasnizam

Sunday, March 16, 2014

Pertukaran Guru SKPI

Cikgu Azri akan bertukar ke Kolej Matrikulasi Sarawak pada penghujung bulan ini. Walaupun hanya bertugas di SKPI selama beberapa bulan, namun beliau banyak membantu di dalam bidang ko-kurikulum sekolah terutamanya hoki.


PSS mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau.


Saturday, March 15, 2014

Taklimat 'Easy Maths' di SKPI

14 Mac 2014
En. Azizan Ismail dari Syarikat Easy Maths Trengganu, telah mengadakan satu demonstrasi pengiraan Matematik mudah bijak sifir kepada para pelajar SKPI.






Friday, March 14, 2014

Ceramah Anti Dadah SKPI





Pada 14 Mac 2014, SK Permai Indah telah mengadakan Ceramah Anti Dadah kepada murid-murid Tahap 2. Ceramah ini diadakan sempena Minggu Anti Dadah yang bermula pada 10 Mac sehingga 14 Mac 2014.

Ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Pulau Pinang.



Ceramah ini diadakan adalah bertujuan :-

memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah,

melahirkan murid-murid yang benci penyalahgunaan dadah

membudayakan hidup sihat tanpa penyalahgunaan dadah.


Pada masa yang sama, satu pameran anti dadah turut diadakan di dewan SKPI.


“HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH”
“DRUG ARE RETARDED, SO DON’T GET STARTED”



















Sempena Minggu "Anti Dadah", satu Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster telah diadakan pada 11 Mac.
Berikut adalah para pemenang pertandingan tersebut. 

Wednesday, March 12, 2014

Program Mentor-Mentee SKPI

Program Mentor Mentee

(Klik di sini untuk maklumat mengenai program ini)


Pihak SK Permai Indah telah melancarkan satu program Mentor Mentee Guru Penyayang baru-baru ini.




Tuesday, March 11, 2014

Kempen Anti Dadah SKPI-2014

Minggu Anti Dadah SK Permai Indah


Tarikh : 10 hingga 14 Mac 2014


Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan kini berada di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan turut melibatkan pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadah kecil yang dilakukan mereka


RASIONAL


Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut.


MATLAMAT
• Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid

• Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah.

• Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah. OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :

• Menjauhi diri mereka daripada dadah

• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

• Mebina ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani



SASARAN

Semua murid - Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Kejohanan Hoki Terbuka KLIA kali ke-2








Pasukan Hoki Perempuan SKPI berjaya meraih tempat ke-tiga dalam Kejohanan Hoki Terbuka KLIA kali ke-2 yang telah diadakan pada 8 dan 9 Mac 2014 di Stadium Hoki Seremban 2, Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain hoki SKPI serta jurulatih-jurulatihnya.

Kejohanan Olahraga MSSPP Zon BM 2014

Tarikh :3-6 Mac 2014


Tempat _ Stadium MPSP, Jalan Betik


Sebanyak 10 acara dipertandingkan untuk Sekolah Rendah iaitu 8 acara individu dan 2 acara berpasukan.












Senarai Pemenang SKPI

Pingat Gangsa

100 m (L3) - Muhamad Lutfil Hadi

Lompat Kijang (P3)- Qhairunisya

Lompat Jauh (P3) - Qhairunisya

Lompat Jauh (P3) - Anitthra

Pingat Perak

4 X 200 m (L3) - M.Lutfil Hadi, Syahmi Haziq, Siva dan M. Syamir,

200 m (P3) - M.Lutfil Hadi

Pingat Emas

Lompat Kijang (L3) - M. Syahmi Haziq

Lompat Kijang (P3) - Nur Alya Syafiah

Tahniah diucapkan kepada Juru Latih iaitu Cikgu FAzli dan Cikgu Norhayati.