Tuesday, March 11, 2014

Kempen Anti Dadah SKPI-2014

Minggu Anti Dadah SK Permai Indah


Tarikh : 10 hingga 14 Mac 2014


Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan kini berada di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan turut melibatkan pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadah kecil yang dilakukan mereka


RASIONAL


Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut.


MATLAMAT
• Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid

• Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah.

• Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah. OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :

• Menjauhi diri mereka daripada dadah

• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

• Mebina ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani



SASARAN

Semua murid - Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

No comments:

Post a Comment