Wednesday, August 21, 2013
Thursday, August 8, 2013
Selamat Hari Raya
PSS SKPI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru, staff serta para pelajar Muslim SKPI.
Sunday, August 4, 2013
Sumbangan Duit Raya untuk Warga SKPI
Suasana Hari Raya dapat dirasakan oleh seluruh warga SKPI, bukan sahaja dapat menyambut Aidil Fitri malah dapat menikmati cuti panjang selama dua minggu. Pemberian sumbangan duit raya kepada semua para pelajar SKPI telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum Hari Raya iaitu Jumaat 2 Ogos. Murid-murid telah dihadiahkan wang sejumlah RM2 oleh pihak sekolah dan PIBG. Walaupun tidak banyak mana, namun perasaan kegembiraan tetap terukir di wajah setiap pelajar ketika menerima wang tersebut daripada Tuan Guru Besar, En Hasri.
Tuesday, July 23, 2013
Stok Buku Baru
Terdapat sebilangan buku baru fiksyen Bahasa Inggeris yang telah siap diproses. Buku-buku tersebut akan ditempatkan di rak redspot untuk aktiviti bacaan Nilam di perpustakaan.
Monday, July 22, 2013
Pertandingan Matematik Minda Genius 2013
Beberapa orang pelajar SKPI telah memperolehi kejayaan dalam Pertandingan Matematik Minda yang dianjurkan oleh pihak Genius Mind Mental Arithmetic.
Berikut adalah keputusan “Genius Mind Mental Arithmetic Competition 2013 Northern region Zone Malaysia”, yang diadakan pada 16 Jun baru-baru ini.
Group Competition (Naib Johan) - Nurmiza Bahari, Nur Anis dan Nur Qamarina Nazifa
Stage 2 Category (Johan) – NurMiza Bahari
Stage 2 Category (Naib Johan) – Ashikin
Stage 1 Category Senior (Naib Johan) – Siti Nur Idah
Foundation Stage Category (Johan) – Zakwan Zikry

PSS mengucapkan tahniah kepada adik-adik SKPI yang cemerlang ini.
Group Competition (Naib Johan) yang diwakili oleh Nurmiza Bahari, Nur Anis dan Nur Qamarina Nazifa
*Trofi untuk sekolah
*Trofi untuk sekolah
Foundation Stage Category (Johan) – Zakwan Zikry
Nur Qamarina Nazifa
Nur Anis
Stage 2 Category (Johan) – NurMiza Bahari
Stage 1 Category Senior (Naib Johan) – Siti Nur Idah
Stage 2 Category (Naib Johan) – Ashikin
Monday, July 15, 2013
Ustaz Baru
Kehadiran seorang Ustaz baru iaitu Ustaz Zawawi yang akan mengajar Pendidikan Islam di SK Permai Indah. Beliau sebelumnya bertugas di SK Seri Permai. PSS mengucapkan Selamat Datang kepada beliau.
Friday, July 12, 2013
Majlis Perpisahan Ustaz Nordin
Satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan buat Ustaz Nordin Nawi yang akan bertukar ke SK Sungai Dua. Ustaz Nordin merupakan seorang pendidik yang rajin dan beliau telah berkhidmat di SKPI sejak tahun 2004. PSS mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustaz Nordin.
Wednesday, July 10, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Majlis Perjumpaan 'Waris-Guru' Pelajar Tahun UPSR 2013
Pihak sekolah telah mengadakan satu sesi bersemuka dengan para waris pelajar-pelajar Tahun 6 untuk berkongsi perkembangan akademik anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa adalah kurang memuaskan memandangkan hari tersebut merupakan hari bekerja. Walaubagaimanapun, guru-guru Tahun 6 berusaha untuk melaporkan pretasi dan pelaporan para pelajar kepada waris-waris yang hadir. Pihak sekolah amat berharap agar pihak waris dapat sama-sama membantu dalam membimbing anak-anak yang bakal menduduki UPSR pada bulan September ini.
Friday, July 5, 2013
Jelajah 10,000 Langkah SKPI
SKPI menganjurkan 'Larian Jelajah10 Ribu Langkah' SKPI pada 5 Julai yang bermula dengan senamrobik beramai-ramai. Dan kemudian, para pelajar bersama guru melakukan aktiviti berjalan kaki sejauh 1 km di kawasan sekitar sekolah.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan peningkatan kesedaran tentang kesihatan di kalangan warga sekolah. Ianya dapat memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah supaya menjadikan amalan ‘berjalan kaki’ sebagai salah
Aktiviti berjalan kaki dapat menghindarkan obesiti, dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Aktiviti sedemikian turut merapatkan silaturahim antara komuniti sekolah yang berbilang kaum, bangsa serta agama dan umur.

Subscribe to:
Posts (Atom)