Sunday, August 4, 2013

Sumbangan Duit Raya untuk Warga SKPI

Suasana Hari Raya dapat dirasakan oleh seluruh warga SKPI, bukan sahaja dapat menyambut Aidil Fitri malah dapat menikmati cuti panjang selama dua minggu.  Pemberian sumbangan duit raya kepada semua para pelajar SKPI telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum Hari Raya iaitu Jumaat 2 Ogos.  Murid-murid telah dihadiahkan wang sejumlah RM2 oleh pihak sekolah dan PIBG.  Walaupun tidak banyak mana, namun perasaan kegembiraan tetap terukir di wajah setiap pelajar ketika menerima wang tersebut daripada Tuan Guru Besar, En Hasri. 



No comments:

Post a Comment