Tuesday, June 26, 2012

Sukan SKPI 2012

Kejohanan Tahunan SKPI ke-11 telah berlangsung pada 23 Jun 2012.



















Thursday, June 21, 2012

Kempen "Germ Buster"

Pihak Kementerian Kesihatan iaitu Pusat Kesihatan Bukit Minyak telah mengadakan satu Taklimat Kesihatan serta Pameran  Anti Denggi untuk para pelajar pada 21 Jun baru-baru ini.




Monday, June 18, 2012

Kejohanan Hoki 6/7 Sebelah Tertutup Pulau Pinang

Kejohanan Hoki 6/7 Sebelah Tertutup Pulau Pinang 2012

berlangsung di Penang Free School pada 16 Jun 2012.

Pasukan Lelaki SKPI - Naib Johan
Pasukan Perempuan SKPI - Johan





Friday, June 15, 2012

Taklimat "Mental Arithmetic"

Taklimat Mental Arithmetic
berlangsung di Dewan SKPI pada 12 Jun 2012



Monday, June 11, 2012

Pasukan Nasyid SKPI

Pasukan Nasyid SKPI (Lelaki/Perempuan)



Saturday, May 19, 2012

LDP SKPI

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke-4 SKPI diadakan pada 19 Mei.  Tajuk - " Disiplin Keguruan Untuk Melahirkan Guru Inovatif " yang telah disampaikan oleh penceramah Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.

Untuk sesi seterusnya, En. Helmi telah memberikan satu taklimat ringkas mengenai e-SPLG [Sistem Pengurusan Latihan Guru]. 

 

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Pada 16 Mei 2012, Rabu, Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis tersebut. Ianya diadakan di dataran sekolah dan dewan terbuka. Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Zainol Abidin bin Ismail.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik para pelajar SKPI sehingga Berjaya. Seperti kata pepatah, “Jika tiada guru, tiadalah doktor angkasawan dan lain-lain manusia yang berjaya.

Semua warga sekolah SKPI tiba di sekolah dengan perasaan yang gembira. Suasana pada hari tersebut sungguh meriah. Para pelajar telah menghadiahkan pelbagai bentuk hadiah kepada guru-guru masing-masing.

Acara Sukaneka dan persembahan guru diadakan dan telah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, murid-murid telah mengadakan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, nasyid dan sketsa untuk menghiburkan guru-guru tersayang. Satu jamuan makan ringkas telah diadakan untuk meraikan Hari Guru.

Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah.







SELAMAT HARI GURU

Monday, May 14, 2012

Kejohanan Bola Baling MSSPP

Kejohanan Bola Baling MSSPP 2012
berlangsung di SK Juru pada 8-9 Mei 2012

Pasukan Perempuan SKPI - Johan
Pasukan Lelaki SKPI - Tempat Ketiga



Thursday, May 10, 2012

Thursday, May 3, 2012

Taklimat Program Susu 1-Malaysia

Satu taklimat ringkas tentang Program Susu 1 Msia telah diadakan untuk para pelajar SK Permai Indah pada 3 Mei.  Wakil daripada Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad telah menerangkan kepentingan serta khasiat susu untuk tumbesaran kanak-kanak.  Beliau turut menjelaskan teknik mengenali susu yang baik iaitu teliti fizikal kotak susu serta tarikh luputnya.  Cara membuka kotak dan straw turut diterangkan. Kotak susus perlu digoncang sebelum diminum.  Para pelajar diwajibkan untuk menghabiskan kesemua susu dalam masa tersebut.  Menghirup susu secara perlahan dan duduk sebentar selepas selesai minum untuk memudahkan penghadaman.