Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 21 Mei @Sabtu untuk guru-guru SKPI. Dua penceramah jemputan telah hadir untuk menyalurkan maklumat kepada para guru SKPI.
Tajuk ceramah- Pengurusan Sumber Manusia dan Etika Perguruan
Penceramah-penceramah adalah En Abdul Hamid Ibrahim dari Sekotor Jaminan Kualiti JPN PP dan En Zambri b Ismail dari Sektor Sekolah Menengah.
Saturday, May 21, 2011
Monday, May 16, 2011
Hari Guru 2011
Hari Guru [Malaysia] disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ianya merupakan satu tanda penghargaan kepda semua warga cikgu-cikgi yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik anak-anak murid di sekolah.
Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Razak sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia.
SKPI turut menyambut Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2011 bersama Hari Isnin. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sepanjang hari tersebut. Perhimpunan rasmi dijalankan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang, Lagu Sekolah serta Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Ianya diikuti dengan ucapan guru bertugas. Kemudian Guru Besar telah membaca Skrip Teks Ucapan Menteri Pelajaran Maysia dan PK HEM dengan ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu, Para guru SKPI pula mempersembahan nyanyian koir ~ Lagu Kami Guru Malaysia.
Berakhirnya Perhimpunan rasmi, guru bergandingan dengan murid-murid dalam acara permainan "bowling kelapa" dan bola sepak. Kemudian, para pelajar membuat persembahan pentas untuk menghiburkan guru kesayangan mereka.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
Tuesday, May 3, 2011
Monday, April 25, 2011
Sunday, April 24, 2011
SKPI Action Song Team
Although our team didn't win the Kelompok R19 Action Song competition but deep in the heart of all Permai Indah teachers, the children grabbed a perfect score. The 15 boys & girls had been training hard for the past one month to master their singing and steps. Big cheers to SKPI Action Song team.
Thumbs-up to the children !
Friday, April 22, 2011
Pertandingan Action Song R19
SKPI telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Action Song Kelompok R19 yang bertempat di dewan SKPI pada 21 April.
Kumpulan Sunshine dari SKPI
Monday, April 18, 2011
Glorious SKPI Hockey Team
Pasukan Hoki SKPI berjaya menjadi Johan dalam Perlawanan Hoki MSSPP 2011. Kedua-dua Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan meraih johan dalam acara di bawah 12 tahun.
Congratulation to our SKPI hockey teams.
Congratulation to our SKPI hockey teams.
Best Goal Keeper, Best players....
The Trophies
Best Under 12 Team (Girls)
Best Under 12 Team (Boys)
Subscribe to:
Posts (Atom)


























