Monday, May 16, 2011

Hari Guru 2011

Hari Guru [Malaysia] disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ianya merupakan satu tanda penghargaan kepda semua warga cikgu-cikgi yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik anak-anak murid di sekolah.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Razak sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia.

SKPI  turut menyambut Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2011 bersama Hari Isnin. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sepanjang hari tersebut. Perhimpunan rasmi dijalankan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang, Lagu Sekolah serta Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Ianya diikuti dengan ucapan guru bertugas. Kemudian Guru Besar telah membaca Skrip Teks Ucapan Menteri Pelajaran Maysia dan PK HEM dengan ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu, Para guru SKPI pula mempersembahan nyanyian koir ~ Lagu Kami Guru Malaysia.

Berakhirnya Perhimpunan rasmi, guru bergandingan dengan murid-murid dalam acara permainan "bowling kelapa" dan bola sepak. Kemudian, para pelajar membuat persembahan pentas untuk menghiburkan guru kesayangan mereka.















SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK


No comments:

Post a Comment