Thursday, August 29, 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan SKPI (2)




Aktiviti Membuat Kolaj Kemerdekaan Tahap 2 Pelajar Tahun 4 & 5 telah menjalankan aktiviti menghasilkan Poster Kolaj Kemerdekaan.

Wednesday, August 28, 2013

Bulan Kemerdekaan SKPI 2013 (1)

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 28 Ogos 2013. Ianya dijalankan secara sederhana memandangkan peperiksaan UPSR dah semakin hampir. Aktiviti Mewarna Poster Tahap 1 dan Membuat Kolaj Mederka Tahap 2 telah dijalankan.










Tuesday, August 27, 2013

Pembangunan Sukan SKPI 2013



Aktiviti Pembangunan Sukan SKPI diadakan pada setiap hari Selasa selam sejam yang melibatkan pelajar Tahun 3-5. Ianya mula dijalankan pada 20 Ogos. Permainan yang diadakan adalah bola jaring, ragbi dan sepak takraw.













Saturday, August 24, 2013

Perlancaran Bulan Kemerdekaan SKPI 2013


 




Pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2013 telah dilancarkan oleh Guru Besar, En Mohd Hasri.







Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya

PSS SKPI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru, staff serta para pelajar Muslim SKPI.

Sunday, August 4, 2013

Sumbangan Duit Raya untuk Warga SKPI

Suasana Hari Raya dapat dirasakan oleh seluruh warga SKPI, bukan sahaja dapat menyambut Aidil Fitri malah dapat menikmati cuti panjang selama dua minggu.  Pemberian sumbangan duit raya kepada semua para pelajar SKPI telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum Hari Raya iaitu Jumaat 2 Ogos.  Murid-murid telah dihadiahkan wang sejumlah RM2 oleh pihak sekolah dan PIBG.  Walaupun tidak banyak mana, namun perasaan kegembiraan tetap terukir di wajah setiap pelajar ketika menerima wang tersebut daripada Tuan Guru Besar, En Hasri.