Sunday, October 21, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Pada 19 dan 20 Oktober 2012, SK Permai Indah telah membuat lawatan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron.  Rombongan mula bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi bersama-sama lapan orang guru pengiring.  Para pelajar yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan 6 seramai 76 orang telah menyertai rombongan tersebut. 

Rombongan berehat di R&R Bukit Merah untuk bersarapan bihun goreng serta kuih muih. Perjalanan selama 3 jam. 

Tempat pertama yang dilawati apabila sampai ke Tanah Tinggi Cameron ialah "Bee Farm" iaitu sebuah taman penternakan lebah madu.  Keadaan cuaca kurang memuaskan semasa rombongan berada di taman tersebut.  Hujan turun dengan lebat.  Mujurlah, ianya tidak berpanjangan. 

Rombongan menjamu makan tengahari di sebuah taman di kawasan Brinchang.  Dalam suasana yang kedinginan, ramai berasa amat lapar dan menikmati nasi berlauk ayam dan sayur kobis lemak. 

Setelah perut kenyang, rombongan melawat kawasan pertanian MARDI Cameron Highland. Terdapat banyak pokok bunga, strawberi, labu dan buah-buahan.  Tempat itu sungguh menarik dan indah.  Para pelajar berpeluang mempelajari nama-nama bunga dan buah secara dekat. 

Destinasi yang seterusnya adalah ladang teh Bharat. Permandangan ladang teh itu sungguh menarik.  Udara di tanah tinggi sungguh nyaman. 

Selepas itu, rombongan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Berinchang. Rombongan berehat sementara menunggu makan malam (nasi goreng sayuran).

Pada waktu malam, para pelajar berpeluang melawat Pasar Tani Brinchang yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, sayuran segar serta cenderahati. 


Pada keesokan harinya, para pelajar bangun pada pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan barang- barang. Selepas itu, mereka bersarapan (bihun goreng dan kek). Selepas bersarapan, rombongan terus bertolak pergi ke Taman Kaktus.   Tanaman bunga dalam pasu banyak dijual di sini. 

Kemudian, rombongan singgah di sebuah ladang strawberi "Kasimani" yang menawarkan strawberi yang segar lagi manis dengan harga berpatutan.

Selepas makan tengahari (nasi ayam tomato dan sayur), rombongan singgah di Pasar Tani Kea.  Ramai pelajar yang membeli sayur-sayuran dan bunga ros untuk dibawa pulang. 

Kemudian, rombongan meneruskan perjalanan pulang. Rombongan selamat tiba di sekolah kira-kira pukul 6 petang. 

Lawatan ini memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar. Terima kasih kepada ketua rombongan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Mazliyana Ahmad.















Tuesday, October 16, 2012

PKSR 2

15-18 Oktober 2012


Minggu ini merupakan minggu Peperiksaan Kemajuan Berasaskan Sekolah yang Kedua (PKSR 2). 
Pusat Sumber berharap para pelajar SK Permai Indah dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. 




Study hard and get flying colours in your exams.








Monday, October 15, 2012

Kejohanan Pembangunan Hoki/Bola Sepak [11 TKB]- Zon Bukit Mertajam

Kejayaan SKPI dalam Hoki dan Bola Sepak. 
Satu majlis penyampaian piala dan pingat telah diadakan pada pagi Isnin ini. 

Hoki Perempuan - Johan
Hoki Lelaki - Naib Johan

 Piala Pusingan Kejohanan Hoki 11 TKB
Perempuan - Johan
Lelaki - Naib Johan
Pasukan Hoki Perempuan-Johan
 Penjaga Gol Terbaik -
Pasukan Hoki Lelaki - Naib Johan






Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak Zon BM [11TKB]- Johan
Pasukan SKPI - Johan dalam Kejohanan Bola Sepak Zon BM

Pemain Bola Sepak Terbaik - Muhammad Aliff  Iezad b. Mohd Bakri

Sunday, October 14, 2012

Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Zon BM

Tarikh : 13 Oktober 2012
Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Zon Bukit Mertajam [11 TKB]
Padang SK Alma

Pasukan SKPI berjaya menjadi johan untuk tiga tahun berturut-turut. 
Tahniah.

Friday, October 12, 2012

Pertandingan Memasak

Tarikh : 12 Oktober 2012

Pertandingan Memasak Pelajar Tahun 6 merupakan satu aktiviti selepas UPSR.  Para pelajar menjalankan aktiviti memasak dalam kumpulan untuk menghasilkan menu mee goreng dan sandwich. 

 



Wednesday, October 10, 2012

Ceramah PDRM

Ceramah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Tarikh : 10 Oktober 2012

Satu ceramah bertajuk - "Gejala Sosial - Kesan dan Akibat" telah disampaikan oleh D/Sjn Zakir bin Abd. Rahman kepada para pelajar Tahun 6.


Monday, October 8, 2012

Kejohanan Ragbi Rimau 11 TKB

Kejohanan Ragbi Rimau 11 TKB telah berlangsung di padang SK Permai Indah pada 6 Oktober 2012 (Sabtu).  Pasukan SK Permai Indah berjaya mengondol ketiga-tiga tempat iaitu :-


Pasukan SKPI A - Johan
Pasukan SKPI B - Naib Johan
Pasukan SKPI C - Tempat Ke-3
Tahniah diucapkan. 













Friday, October 5, 2012

Jaga Kebersihan Diri

Susulan daripada pemeriksaan pegawai Kementerian Kesihatan, didapati keadaan ruam kulit yang dialami oleh beberapa orang pelajar SKPI bukan berpunca daripada serangga "Charlie".  Ianya hanya disebabkan oleh alahan kulit setelah berpeluh dan perubahan cuaca sejak kebelakangan ini.

Para pelajar SKPI adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri.    
    

Thursday, October 4, 2012

Serangga 'Charlie'

Pada minggu ini, beberapa orang murid telah mengalami ruam di beberapa bahagian anggota badan terutamanya muka dan leher.  Ianya dipercayai disebabkan oleh sengatan sejenis serangga yang dikenali sebagai "Charlie".  Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti tentang kehadiran species serangga ini di kawasan sekolah. 



Nama Am: Kumbang Rove (semut sepai atau Kayap)

Nama Spesis: Paederus fuscipes

Bisa serangga "Charlie" ini mengakibatkan kegatalan serta boleh meninggalkan parut pada bahagian yang disengat.

Para pelajar SKPI adalah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada di kawasan yang lapang terutamanya padang.  Laporkan kepada guru sekiranya anda mengalami simptom gatal dan bengkak kemerahan di bahagian kulit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web yang tertera di bawah.
http://docfiles.blogspot.com/2007/06/paederousrove-beetle-dermatitis.html

Ceramah - Bersedia Untuk ke Tingkatan Satu

Para pelajar Tahun 6 sekali lagi berpeluang menghadiri ceramah "Bersedia Untuk ke Tingkatan Satu" yang disampaikan oleh seorang kaunselor dari SMK Permai Indah - Pn. Norhayati Bt. Mohd Syarif.





Monday, October 1, 2012

Cuti Peristiwa

Hari ini merupakan cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Cemerlang. 

Selamat Bercuti dan jangan lupa membuat persediaan untuk PKSR 2.