Monday, August 6, 2018

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKPI 2018

Tarikh : 6 Ogos 2018
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah


Program Pelancaran Bulan kemerdekaan telah dilaksanakan pada jam 7.40 pagi.  Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan diikuti dengan lagu sekolah.  

PK1 -  Cikgu Mahani menyampaikan ucapan serta merasmikan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.  

Kemudian diikuti dengan bacaan pantun Kemerdekaan oleh Cikgu Norafiza dan Teacher Lim.

Penyampaian kain rentang kepada ketua darjah kelas-kelas T4 dan T6 bagi projek penghasilan banner kemerdekaan.  

Majlis berakhir dengan laungan kemerdekaan oleh Cikgu Sopian dan nyanyian lagu 'Jalur Gemilang' dan 'Kita Punya Malaysia'.



















No comments:

Post a Comment