Friday, February 9, 2018

Majlis Penyerahan Akhbar Tutor Sekolah Angkat JKSB

JAMBATAN KEDUA SDN BHD
Tarikh          : 8 Februari 2018
Masa            : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat         : Dewan SK Permai Indah




















Tetamu Kehormat :
1. Tn Hj Mohd Suhaimi bin Md Jusoh (Pengurus Besar Kanak JKSB
2. En Azizi bin Azizan (Pegawai Perhubungan Awam JKSB)
3. Tn Hj Abdul Nasir bin Jamaludin (Guru Besar SK Permai Indah)
4. En Azhar bin Mardzuki (Guru Besar SK Bayan Baru)
5. En Dziauddin bin Mat Saad (Pengetua SMK Jawi)
6. En Ridza bin Hussin (Pengetua SMK Batu Maung)
7. Tn Hj Hamzah bin Hj Jaafar (Pengetua SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtima’iah)


















Laporan
Bermula dari tahun 2017 sehingga 2019, lima buah sekolah telah terpilih untuk dijadikan sekolah angkat oleh pihak Jambatan Kedua Sdn Bhd. 
Sekolah-Sekolah Angkat JKSB adalah :-
1. SK Permai Indah
2. SK Bayan Baru
3. SMK Jawi
4. SMK Batu Maung
5. SMA Al-Ahmadiah Al Ijtima’aih 
Bagi me­ningkatkan pencapaian akademik di lima buah sekolah angkatnya, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menaja sebanyak 12,800 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai bahan bantuan pembelajaran selama setahun.

Lima buah sekolah yang akan mendapat manfaat daripada tajaan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru; SK Permai Indah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi; SMK Batu Maung dan Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyah.

Pada 8 Februari yang lalu, satu majlis penyerahan akhbar Tutor telah diadakan di dewan SK Permai Indah.  Program ini dilaksanakan bagi membantu sekolah-sekolah melahirkan murid-murid dan pelajar-pelajar yang cemerlang.    
Susun atur grafik yang menarik dalam akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor memudahkan para pelajar dan murid membaca sekali gus memahami satu-satu mata pelajaran yang diberi tumpuan.

Pencapaian lima buah sekolah angkat JKSB selepas melanggan akhbar pendidikan itu tahun 2017 telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan khususnya dari segi peratusan lulus serta pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 12,800 naskhah Tutor akan diedarkan ke sekolah-sekolah secara berperingkat dengan setiap sekolah rendah akan menerima 50 naskhah akhbar tersebut pada setiap minggu hingga 17 September ini.
Manakala, bagi sekolah menengah pula, sebanyak 50 naskhah Tutor PT3 akan diagihkan setiap minggu hingga 1 Oktober ini manakala Tutor SPM pula akan diagihkan sehingga 29 Oktober dalam kuantiti sama juga setiap minggu.

Kesimpulan
Diharapkan dengan penajaan dan usaha Utusan Malaysia menerbitkan akhbar pendidikan ini sebagai bahan ulang kaji tambahan serta membantu pelajar mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.


Laporan disediakan oleh                                        Disahkan oleh

(Pn. Lim Swee Sim)                                              (Tn Hj Abdul Nasir Bin Jamaludin)
Guru Perpustakaan dan Media                               Guru Besar
SK Permai Indah                                                  SK Permai Indah
14000 Bukit Mertajam                                          14000 Bukit Mertajam



No comments:

Post a Comment