Wednesday, November 16, 2016

Majlis Graduasi Tahun 6 -SKPI

Tarikh : 16 Nov 2016
Majlis Graduasi Tahun 6 


Majlis Graduasi T6 peringkat sekolah adalah suatu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru dan pelajar demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan. 
Majlis ini tidak harus dilihat sebagai suatu upacara dan keraian semata-mata. Majlis  ini merupakan simbolik yang membuktikan kejayaan semua pihak @ individu dan entiti yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka.

Kejayaan dan kecemerlangan seseorang pelajar tidak terhenti di Majlis Graduasi itu sahaja, tetapi mengambarkan petanda permulaan perjalanan baru bagi menghadapi dunia yang lebih mencabar sebagai pelajar di peringkat menengah dan seterusnya ke menara gading.  



Barisan Guru-Guru T6
Ucapan Wakil Murid T6
Ucapan Guru Besar-Tn Hj Abdul Nasir














No comments:

Post a Comment