Friday, October 14, 2016

Aktiviti Selepas UPSR - Literasi Maklumat (Memasak)

Tarikh : 14 Oktober 2016
Aktiviti Selepas UPSR - Mengukur Kelapa menggunakan Pengukur tradisional (kukuran) serta memasak kuih Buah Melaka
























Kukuran
Ianya ialah sejenis alat yang bergerigi. Digunakan untuk mengukur dan mengikis isi kelapa. Kukuran merupakan alat yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu tradisional kerana sebahagian besar resepi masakan masyarakat Melayu menggunakan santan kelapa.

Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung.

Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)
Merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut.  Bahagian tengah adunan tepung diisikan dengan gula Melaka lalu digentel menjadi bebola kecil.  Kemudian, bebola dijerang dalam air.  Buah Melaka yang masak akan timbul atas air. Toskan dan salutkan dengan parutan kelapa bersama secubit garam.  

Aktiviti Tahun 6 - Proses Literasi Maklumat

Sebelum
Mencari maklumat tentang alat untuk mengukur kelapa tradisional
Mencari resipi "Buah Melaka" daripada buku dan internet


Semasa
Persediaan alatan untuk mengukur kelapa
Aktiviti mengukur isi kelapa
Penyediaan bahan untuk memasak Onde-Onde
Menghiaskan meja makan mengikut kreativiti sendiri.
Sesi perbincangan dan refleksi mengenai aktiviti mengukur kelapa dan memasak B.Melaka. 
Makan bersama ahli kumpulan
Pengumuman pemenang.

Sesi bergambar



No comments:

Post a Comment