Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru
dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT
Matlamat
Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
- Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru
dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah
menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
- Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan
mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
- Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird
pelbagai kaum di sekolah.
- Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran
untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
SUMBER
http://rimupsmktp09.blogspot.my/2009_08_01_archive.html
No comments:
Post a Comment