Seramai 17 orang guru berserta staf sokongan SKPI telah menyertai satu ekpedisi ke Pulau Panjang @ Koh Yao yang merupakan sebuah perkampungan nelayan di Wilayah Satun, Thailand. Rombongan SKPI ini berada di pulau yang indah ini dari 15-17 Disember 2014.
Lawatan ke sebuah sekolah di Pulau Panjang iaitu Koh Yau Primary School yang terdiri daripada 8 orang guru dan 72 orang murid.
Turut melawat kelong penternakan udang karang (lobster).
Dalam pada itu, para peserta berpeluang merasa kehidupan nelayan yang bergantung kepada air hujan untuk keperluan harian dan menggunakan suria solar untuk menjana bekalan elektrik.
Berita mengenai Pulau Panjang (klik di sini)
usaha yg baik. tahniah cikgu lim
ReplyDeleteทำได้ดีมาก
ReplyDelete