Thursday, November 1, 2012

Persediaan Sebelum Aktiviti Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar dari rumah anda sendiri. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tangggungjawab tertentu seperti pengurusan makanan, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara berkumpulan, maka perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

Tujuan Perkhemahan
  • Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
  • Menghayati erti batasan kehidupan.
  • Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
  • Meningkatkan semangat kekitaan dan disiplin.
  • Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.


Peraturan Semasa Perkhemahan

  • Semasa perkhemahan, anda hendaklah menjalinkan persahabatan, kenal-­mengenali dan hormat­ menghormati antara satu sama lain.
  • Anda diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
  • Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
  • Dilarang membuang sampah di merata-­rata tempat.
  • Dilarang menebang atau merosakkan pokok­pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
  • Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
  • Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
  • Anda tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing­masing, selepas jam 12.00 tengah malam.
  • Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
  • Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
  • Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
  • Anda yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Urusetia.

SELAMAT BERKHEMAH

No comments:

Post a Comment