Friday, September 28, 2012

Raptai Hari Anugerah Cemerlang

Raptai penuh Hari Anugerah akan diadakan pada hari Jumaat 28 Sept. 2012.  Ini adalah bertujuan untuk memastikan majlis HAC berjalan lancar.  Diharap cuaca mendung sejak beberapa hari kebelakangan ini disusuli dengan cuaca baik pada hari kemuncak HAC iaitu pada 29 September 2012.

Para pelajar yang bakal menerima hadiah kecemerlangan diberi peluang untuk berlatih tatacara penerimaan hadiah serta berarak di atas pentas terutamanya kepada murid-murid Pra Sekolah dan tahun 1 yang julung kali berbuat demikian. 

Guru-guru pula sibuk dengan tugasan masing-masing seperti persiapan pentas, menyediakan hadiah-hadiah & sijil, melatih pelajar membuat persembahan serta menghasilkan buku program yang tercatit semua-semua maklumat HAC. 




2 comments:

  1. Stage rather messy....teacher !! The floral decor at the base doesn't match with the event. Try to improve on it.

    ReplyDelete
  2. Alot of improvement had been done to our stage. Photos will be uploaded in the next post.

    ReplyDelete