SK Permai Indah mengucapkan "Selamat Datang " kepada Jemaah Nazir Persekutuan, yang bakal mengadakan lawatan ke sekolah pada 19 Mac ini. Rombongan Nazir ini akan membuat pemeriksaan ke atas segala pengurusan sekolah dalam bidang akademik, hal ehwal pelajar serta ko-kurikulum. Para guru turut akan dicerap oleh para nazir dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan fail dan disiplin para pelajar turut dititikberatkan.
Jemaah Nazir Persekutuan akan berkampung di sekolah kami selama seminngu iaitu dari 19 - 23 Mac. Mereka akan menilai SKPI dalam semua aspek. Justeru itu, semua warga sekolah dikehendaki bersedia untuk mengadap rombongan Nazir persekutuan ini !
Pihak pengurusan Pusat Sumber sekolah terutamanya Guru Perpustakaan dan Media bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan tersebut. Cuti semester ini akan digunakan dengan sepenuhnya untuk kemaskini fail-fail PSS, rekod-rekod penggunaan dianalisakan dan bilik-bilik khas diceriakan. Hati berdebar menanti ketibaan mereka.
Bersiap sedia lah, Cikgu Lim dan warga sekolah...
ReplyDeleteWe'll do our best....
ReplyDelete