Tuesday, June 8, 2010

Senamrobik

Pihak sekolah telah mengadakan Hari Gotong Royong Perdana pada 15 Mei baru-baru ini.  Agenda Sabtu itu dimulakan dengan acara bersenam berirama.  Secara beramai-ramai, semua warga sekolah yang diwakili oleh Guru Besar, barisan PK, guru,staf sokongan serta  para pelajar.  Exercise...move your body so that your muscles loosen up and you get to burn the extra calories....sweat it out !  Diringi lagu rancak Bollywood, kami semua bergoyang menari mengikut rentak .....

Selepas itu, kami bergerak mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan untuk acara bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.  Guru kelas ditugaskan untuk menceriakan bilik darjah masing-masing manakala guru yang lain membersihkan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, makmal Sains, Bilik Seni, Stor PJK dan Bilik KH.  Dinding comot dihadiahkan selaput cat baru serta lukisan mural.  Tingkap berhabuk tebal digilap bersih.  Meja kerusi serta perabut di baikpulihkan.

Di Pusat Sumber pula, Cikgu Lim bersama sekumpulan Pengawas PSS membersihkan perpustakaan dan bilik tayangan.  Buku-buku yang rosak dibaikpulihkan.  Papan kenyataan ditambah info maklumat berserta poster-poster.  Pengawas PSS bertungkus-lumus menjalankan tugasan. 


















 

No comments:

Post a Comment