Pusat Sumber sekolah ini menggunakan sistem barkod yang dibangunkan oleh Syarikat E-Khutub Khanah. Aplikasi sistem pinjaman berkomputer ini telah mula dijalankan sejak tahun 2007. Kesemua bahan bacaan berbentuk buku telah dikodkan dengan barkod dan pinjaman dilakukan secara scanning.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF SISTEM INI
Matlamat
~ Sistem Pengurusan Pusat Sumber menggunakan sistem Automasi yang
lebih cekap dan sistematik
Objektif
~ Mewujudkan sistem pengurusan Pusat Sumber yang sistematik
~ Memudahkan pengurusan Koleksi Bahan di PSS
~ Menghasilkan kad ahli berdaftar yang dikenali sebagai Kad Pintar PSS
~ Mewujudkan sistem laporan yang lengkap dengan anlisis setiap bulan
~ Sebagai back-up pengkalan data
~ Menjadikan PSS SKPI selaras dengan keperluan semasa dan dunia ICT.
KEMUDAHAN SISTEM KAD PINTAR PSS
i) memudahkan pengurusan rekod ahli
ii) menetapkan tempoh peminjaman
iii) menetapkan denda peminjaman Koleksi Sumber (Resource Collection)
iv) Menyenaraikan koleksi sumber
v) Boleh menyemak dan menambah koleksi sumber
vi) Memudahkan pengurusan sumber seperti menetapkan jenis sumber, tempoh
peminjaman dan status peminjaman sesuatu sumber sirkulasi (Circulation)
vii) Memudahkan peminjaman dan pemulangan sesuatu sumber
KAD PINTAR PSS
1.Kad ini digunakan sebagai pas masuk ke perpustakaan.
2.Kad ini digunakan untuk proses peminjaman dan permulangan buku.
3.Kad ini juga dapat memproses data bagi rekod peminjaman buku untuk
analisis data
4.Kad ini juga dapat membantu mengesan pelajar yang lewat memulangkan
buku dan dendaan boleh dikenakan
5.Kad yang hilang akan didenda dan peminjaman buku akan dibekukan
PROSES PINJAMAN
1. Para Pelajar yang ingin meminjam buku boleh mengunjungi Perpustakaan
pada waktu rehat iaitu 10.45 sehingga 11.05 pagi.
2. Hulurkan buku yang ingin dipinjam bersama Kad Pintar PSS di kaunter
sirkulasi.
3. Kemudian, daftarkan nama anda di kaunter Pengawas PSS.
4. Proses pinjaman dapat dilakukan dalam masa kurang daripada 10 minit.
PROSES PEMULANGAN
1. Tempoh pinjaman adalah selama dua minggu.
2. Pulangan lambat akan dikenakan denda sebanyak RM0.10 sehari.
3. Pelajar cuma perlu masukkan buku ke dalam "Peti Pulangan Buku" yang
ditempatkan di pintu utama PSS.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Teacher Lim.