Monday, February 6, 2017

Program Jom Ke Sekolah

Tarikh : 6 Februari 2017
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah















1.     PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.
       Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Maka, pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.

2.     RASIONAL
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

3.     MATLAMAT
Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.

4.     OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
4.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam               mengawal prestasi kehadiran pelajar.
4.3 Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka     ponteng.
4.4 Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu   kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
4.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan       kokurikulum.

5.          LAPORAN
Pada pagi Isnin, 6 Februari 2017, telah diadakan pelancaran program 'Jom Ke Sekolah' bagi memupuk pelajar-pelajar datang ke sekolah dan mengurangkan budaya ponteng sekolah.
       Acara dimulakan dengan Bacaan Doa Program Jom Ke Sekolah oleh Ust. Fauzi dan disusuli dengan Bacaan Teks Perutusan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disampaikan oleh Lans Cop Faizul.
       En. Anwarrudin pula membaca Teks Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan disusuli dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKPI, Tn Hj Abdul Nasir B. Jamaludin.   
       Seterusnya, Ketua pengawas SKPI, adik Muhammad Zamir Irfan mengetuai murid-murid untuk membaca Ikrar Jom Ke Sekolah.  Acara gimik pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah diadakan dengan wakil murid dari Pra Sekolah hingga ke Tahun Enam bergilir-gilir mencetak tapak tangan pada banner Jom Ke Sekolah.
 
6.    PENUTUP
Program ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini.


















Friday, February 3, 2017

Ceramah Penataran Format UPSR Matematik 015/1

Tarikh : 3 Februari 2017

Penataran Format UPSR-Matematik 015/1
Penceramah : Encik Gana dan Encik Wan
Sasaran : Murid tahun 5 dan 6









Thursday, January 26, 2017

Majlis Perpisahan PK Hem SKPI

Tarikh : 25 Januari 2017
Majlis Perpisahan PK Hem SKPI 








Cikgu Rasmadi, PK Hem SKPI akan bertukar ke SK Bukit Minyak mulai 1 Februari 2017.


Wednesday, January 25, 2017

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah

Tarikh : 25 Januari 2017
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah






Monday, January 23, 2017

Guru-Guru Baru SKPI

Pengumuman Guru-Guru Baru SK Permai Indah Tahun 2017

Cikgu Norida bt Ismail telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menggantikan tempat Cikgu Rasmadi b Rakim yang bertukar ke SK Bukit Minyak.  










































Manakala, Cikgu Balkis bt Kaderbawa akan menyandang jawatan Penolong Kanan Ko-Kurikulum.  Cikgu Balkis sebelumnya mengajar di SK Bertam Indah.  





















Cikgu Faisal akan berkhidmat di SK Permai Indah sebagai seorang guru Matematik, yang berasal dari SK Bukit Minyak.  


Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sesi 2017

Tarikh : 23 jan 2017
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2017

Majlis disempurnakan dengan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Ketua pengawas PSS. 


Semoga pengawas-pengawas PSS yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta berdisiplin selaras dengan ikrar yang telah dilafazkan.  






Friday, January 20, 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017

Tarikh : 20 Januari 2017 (Jumaat)
Kejohaman Merentas Desa SKPI


Kejohaman Merentas Desa merupakan satu aktiviti tahunan yang mendapat sambutan di kalagan para pelajar SKPI.  Pungutan mata dalam acara ini menyumbangkan markah kepada rumah-rumah sukan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan.  

Aktiviti dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan Senamrobik Memanaskan badan.  
Kemudian, taklimat Merentas Desa dan Keselamatan telah disampaikan oleh guru Penyelaras.

Para pelajar kumpulan Tahun 3 telah mula dilepaskan tepat pada pukul 9 pagi, secara berperingkat.  


Acara merentas Desa SKPI telah berjalan dengan lancar dan selamat.  Tahniah semua.
















Dalam pada itu, murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2 turut menjalankan aktiviti mewarna di dewan sekolah.  












Acara apresiasi pemenang dan penyampaian hadiah telah dijalankan.  







Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya.  Terima kasih kepada para guru, staf-staf, AJK PIBG, anggota RELA dan PDRM yang membantu dalam menjayakan program ini.