Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Peringkat Sekolah
NAMA PROGRAM : Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform
TARIKH :
27 Oktober 2018
MASA :
8.00 pagi – 2 petang
TEMPAT :
Perkarangan Sekolah
PESERTA :
100 orang pelajar
PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran
pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala
bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Tujuan
perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri
yang kental dikalangan pelajar. Selain
daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan
mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar
ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai
semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang
berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid.
MATLAMAT
Antara matlamat program adalah :
- Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
- Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di dalam hutan.
- Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
- Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
- Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
- Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
LAPORAN
Aktiviti
perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan
disertai oleh 5 badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Tunas,
Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah
bersama guru penasihat masing-masing.
Bilangan Penyertaan
Pasukan badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan
ini ialah:
Pandu Puteri Tunas
20 orang
Pengakap
20 orang
Puteri Islam 20 orang
Puteri Islam 20 orang
Tunas Kadet Remaja
Sekolah 20 orang
Persatuan Bulan Sabit
merah 20 orang
Perkhemahan ini diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Permai Indah.
Semua peserta
telah mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan seawal 7.30 pagi.
Selesai
pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing
di dataran sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan
peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan
ini.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan :
- Memasang khemah
- Perbarisan dan kawad kaki
- Ikatan dan Simpulan (tindih kasih, buku sila)
- Bantu Mula – anduh, balutan kepala & tangan
KESIMPULAN
Aktiviti Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform
ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua
peserta. Dengan semangat dan kepercayaan,
program ini telah mencapai objektifnya. Perkhemahan ini telah memberikan
peluang kepada murid-murid
menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan
ini telah mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
LAPORAN BERGAMBAR
1) Sesi Pendaftaran
2) Berkumpul, Bacaan Doa & Taklimat 'House-Keeping'
Sesi 1 - Mendirikan Khemah
Sesi 2 - Kawad Kaki & Masuk Baris
Sesi 3 - Ikatan & Simpulan
Sesi 4 - Bantu Mula
Kudapan dan Makan Tengahari
Majlis Penutup