Tarikh : 21 Februari 2016
Hari : Ahad
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 15
MESYUARAT AGUNG
PIBG SK PERMAI INDAH
KALI KE-15
TUJUAN
Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim
di antara sesama waris dan guru,
bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah
yang berkaitan dengan sekolah.
Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang
cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.
PENGENALAN
Mesyuarat tersebut merupakan salah satu daripada
program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program
ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibubapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Sehubungan dengan itu,
penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharapakan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah.
MISI
Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
MATLAMAT
·
Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·
Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan
di sekolah.
· Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·
Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
OBJEKTIF
Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa,
komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang
menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.
LAPORAN
Mesyuarat Agung
PIBG SK Permai Indah Kali Ke-15 iaitu sesi 2016/2017
berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00
pagi, ibubapa telah membuat pendaftaran di
lobi sekolah walaupun pada awalnya kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas
jam 9.00 pagi.
Ceramah Sarana Keibu-Bapaan olehTn. Hj. Zainal Abidin Bin Ismail (YDP
PIBG SKPI)
telah disampaikan pada hari tersebut sebagai satu acara bagi memeriahkan majlis. Ceramah
yang disampaikan amat berguna dan dapat memberikan maklumat lengkap kepada para waris.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Permai Indah, Tn Hj
Abdul Nasir bin Jamaludin, selaku penasihat PIBG
dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Pauzi
bin Haji Omar (Pegawai PPD SPT). Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung
kali ke 15 ini.
Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip,
ibu bapa dan guru-guru menjamu selera dengan pelbagai juadah ringkas yang
disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas, mesyuarat Agung PIBG
kali ke-15 dijalankan.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari
YDP PIBG 2015/2016, Tn Hj Zainal Abidin bin
Ismail dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu per satu.
Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibu bapa dan Ahli jawatankuasa
PIBG 2015/16, dengan rasminya YDP
membubarkan ahli jawatankuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada Guru Besar SK
Permai Indah untuk menjadi Pengerusi majlis. Guru Besar telah mengetuai proses
perlantikan Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2016/2017 dengan melantik YDP dan NYDP
dan seterusnya AJK Ibu bapa dan Guru.
Tn Hj Zainal Abidin
bin Ismail sekali lagi diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Permai Indah sebagai YDP
bagi tahun 2016/2017 yang akan dibantu oleh En Yusrizal bin sebagai NYDP, En. Mohd Fauzi bin Omar selaku SETIAUSAHA dan Pn Nor Masni binti Maarof selaku BENDAHARI.
Majlis diteruskan dengan perlantikan
AJK di kalangan ibu bapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama
telah dipilih pada kali ini, semoga barisan AJK baru ini menjalankan tanggungjawab
yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!
Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa
PIBG sesi 2016/2017 tersebut, maka sempurnalah Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Permai
Indah kali ke-15 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG
akan datang lebih meriah dan mendapat sambutan dari kalangan ibu bapa .
Dilaporkan oleh Disahkan oleh
…………………………… ……………………………………
(Pn. Lim SweeSim) (En.
Abdul Nasir bin Jamaludin)