Friday, July 25, 2014

Majlis Bersalaman Eid Mubarak SKPI

Majlis bersalaman menyambut Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada Jumaat, 25 Julai di dewan SKPI.  Ianya merupakan satu program guru penyayang yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.



Para pelajar menerima sumbangan duit raya serta bersalaman dengan para guru


Guru-guru SKPI turut berpeluang menerima duit raya daripada Guru Besar.



 








Sesi bersalaman ini diharap dapat merapatkan hubungan di antara murid, guru, pentadbir serta staf sekolah ke arah mewujudkan suasana iklim SKPI yang harmoni.  






                                                                  Video (klik di sini)

Wednesday, July 23, 2014

Majlis Berbuka Puasa SKPI

SKPI telah menganjurkan satu majlis Berbuka Puasa bersama waris pada 23 Julai.  Aktiviti merupakan satu program anjuran bersama PIBG.  Dalam majlis ini turut diadakan upacara Khatam Al-Quran oleh para pelajar SKPI.



Wednesday, July 16, 2014

Perlawanan Bola Baling Peringkat Sekolah

Program Pembangunan Sukan dan Permainan SKPI

Perlawanan Bola Baling dijalankan sepanjang 23-26 Jun yang terdiri daripada para pelajar Tahun 4-6. (lelaki & perempuan)

Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 14 Julai.  










Diharap murid-murid ini dapat mewakili SKPI di dalam pertandingan bola baling di peringkat zon, negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.

Monday, July 14, 2014

Tokoh Nilam SKPI Bulan Jun

Keputusan Pembaca Terbanyak Bulan Jun

Tahun 1 - Nazuratul Adlina Bt Nazrul Nizam


 
Tahun 2 - Nurul Aqilah Syaffiyah bt Mohd Faizal


Tahun 3- Kirtanaashini a/p Sivakumar


Tahun 4 - Indah Shafiqah bt Halidan


Tahun 5 -  Vishnu Vendra a/l Gunasegaran

                                                                                   
Tahun 6 - Bahiyah bt Nasran

Wednesday, July 9, 2014

Pembaikan Paip di PSS

Paip tangki air yang bocor di atas siling ruang santai perpustakaan telah dikenalpasti serta dibaiki oleh kontraktor penyelenggara sekolah.





Usaha-usaha bagi membangun-semula ruang tersebut akan dijalankan secara berperingkat oleh GPM.  

Monday, July 7, 2014

Hari Warisan Georgetown 2014

Pada 7 Julai 2010, Georgetown, Pulau Pinang telah diisytihakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan UNESCO ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).  

Justeru itu, setiap 7 Jumai merupakan satu hari cuti umum bagi Pulau Pinang. 




Selamat menyambut Hari Warisan Georgetown 

dan 

Marilah Berkunjung ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara.   







Wednesday, July 2, 2014

Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di SKPI








Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2026 merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang menyeluruh yang bakal mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu semua hasrat pembangunan negara.  



Ianya menyatakan 5 aspirasi dan 6 ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun akan datang.   


Pada 2 Julai, pihak pentadbir SKPI telah mengadakan satu taklimat ringkas PPPM.   
Guru Besar telah menyampaikan maklumat tentang PPPM kepada semua guru SKPI.











 







Klik di bawah untuk maklumat lanjut 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2026

Melindungi Masa Instruksional



Tuesday, July 1, 2014

Genius Mind Mental Arithmetic Competition 2014 -SKPI

Majlis ringkas penyampaian hadiah Genius Mind Mental Arithmetic Competition 2014 kepada beberapa wakil pelajar SKPI telah diadakan baru-baru ini.