SEHARI
SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan
penting untuk matapelajaran yang
akan adik ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan
semangat "SAYA
BOLEH LAKUKANNYA"
3. Sediakan
segala peralatan untuk menulis
- 4 batang pensil 2B siap diraut tajam -
- sebutir pemadam
- pengasah pensil
- pembaris
4. Tidur
seawal pukul 9.00 malam untuk membenarkan
otak memproses semua maklumat yang adik imbas
sebentar tadi.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
·
1. Bangun awal
2. Sembahyang mengikut agama masing-masing.
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat.
Takut nanti, adik sakit perut atau merasa tidak
selesa
semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan adik membawa:-
- Semua peralatan menulis yang adik sediakan semalam.
- Surat
lahir / kad pengenalan
- Slip angka giliran
anda.
6. Bersalaman dengan ibu dan bapa
serta ahli keluarga
adik.
7. Bertolak ke sekolah lebih awal
dari biasa.
Ini bertujuan untuk menghasilkan suasana tenang.
Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.
KETIKA DI SEKOLAH
1. Sampai di sekolah, duduk di
suatu sudut dan baca
semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting
dan
rumusan.
2. Tarik nafas dalam-dalam dan releks.
3. Doa mengikut agama masing-masing.
DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang. Yakin
dengan usaha adik
selama ini.
2. Baca soalan dengan perlahan
dan fahami betul-betul
sebelum menjawab.
PSS mengucapkan “SELAMAT MAJU JAYA” kepada adik-adik Tahun 6 SK Permai
Indah. 5A sudah pasti di tangan adik....