Monday, January 20, 2014
Majlis Perlantikan Pengawas PSS sesi 2014
Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah SK Permai Indah bagi sesi 2014 telah menerima watikah perlantikan masing-masing dalam satu majlis pada 20 Januari 2014. Pembacaan ikrar disempurnakan oleh ketua pengawas.
Thursday, January 2, 2014
Sesi Persekolahan 2014
Sesi persekolahan Tahun 2014 bermula dengan azam dan semangat baru bagi para pelajar SK Permai Indah, terutamanya kepada adik-adik di Tahun 1 dan Pra Sekolah.
Wednesday, January 1, 2014
Bidang Tugas GPM SKPI 2014
BIDANG TUGAS GURU
PERPUSTAKAAN & MEDIA SK PERMAI INDAH 2014
Bertanggungjawab kepada Guru
Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras,
melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:
1 GPM
1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara
6 hingga 8 waktu seminggu.
1.2
Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama-sama Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid.
1.3 Merancang
dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum
Sekolah.
1.4
Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang,
dan kemaskini.
1.5
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran
1.6
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan
ilmu.
1.7
Merancang, melaksana, menyelaras program pembangunan staf dan program
latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
1.8 Merancang dan mengurus program promosi
Pusat Sumber Sekolah.
1.9
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber.
1.10
Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri /
PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat
Sumber Sekolah.
1.11 Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat
Sumber Sekolah.
1.12 Menyedia
dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah
1.13 Memantau
dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
1.14
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber
Sekolah
1.15
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber
Sekolah Negeri
1.16
Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah.
1.17
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
1.18 Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program
Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP
melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.
Disediakan oleh
LIMSWEESIM
Pn. Lim Swee Sim
Guru Perpustakaan & Media
SK Permai Indah
14000 Bukit Mertajam
1 Januari 2014
SURAT PEKELILING IKHTISAS 3 /2005 *(Klik di sini)
Subscribe to:
Posts (Atom)