Tuesday, July 23, 2013

Stok Buku Baru

Terdapat sebilangan buku baru fiksyen Bahasa Inggeris yang telah siap diproses.  Buku-buku tersebut akan ditempatkan di rak redspot untuk aktiviti bacaan Nilam di perpustakaan. 

Monday, July 22, 2013

Pertandingan Matematik Minda Genius 2013

Beberapa orang pelajar SKPI telah memperolehi kejayaan dalam Pertandingan Matematik Minda yang dianjurkan oleh pihak Genius Mind Mental Arithmetic.

Berikut adalah keputusan “Genius Mind Mental Arithmetic Competition 2013 Northern region Zone Malaysia”, yang diadakan pada 16 Jun baru-baru ini.
Group Competition (Naib Johan) - Nurmiza Bahari, Nur Anis dan Nur Qamarina Nazifa
Stage 2 Category (Johan) – NurMiza Bahari
Stage 2 Category (Naib Johan) – Ashikin
Stage 1 Category Senior (Naib Johan) – Siti Nur Idah
Foundation Stage Category (Johan) – Zakwan Zikry

PSS mengucapkan tahniah kepada adik-adik SKPI yang cemerlang ini.
Group Competition (Naib Johan)  yang diwakili oleh Nurmiza Bahari, Nur Anis dan Nur Qamarina Nazifa
*Trofi untuk sekolah
Foundation Stage Category (Johan) – Zakwan Zikry
Nur Qamarina Nazifa
Nur Anis
Stage 2 Category (Johan) – NurMiza Bahari
 Stage 1 Category Senior (Naib Johan) – Siti Nur Idah
 Stage 2 Category (Naib Johan) – Ashikin

Monday, July 15, 2013

Ustaz Baru

Kehadiran seorang Ustaz baru iaitu Ustaz Zawawi yang akan mengajar Pendidikan Islam di SK Permai Indah. Beliau sebelumnya bertugas di SK Seri Permai. PSS mengucapkan Selamat Datang kepada beliau.

Friday, July 12, 2013

Majlis Perpisahan Ustaz Nordin









Satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan buat Ustaz Nordin Nawi yang akan bertukar ke SK Sungai Dua. Ustaz Nordin merupakan seorang pendidik yang rajin dan beliau telah berkhidmat di SKPI sejak tahun 2004. PSS mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustaz Nordin.
---------------

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa

PSS wishing all Muslim Teachers, Staff & Students of Sk Permai Indah....HAPPY FASTING !

Tuesday, July 9, 2013

Majlis Perjumpaan 'Waris-Guru' Pelajar Tahun UPSR 2013

Pihak sekolah telah mengadakan satu sesi bersemuka dengan para waris pelajar-pelajar Tahun 6 untuk berkongsi perkembangan akademik anak-anak mereka.  Kehadiran ibu bapa adalah kurang memuaskan memandangkan hari tersebut merupakan hari bekerja.  Walaubagaimanapun, guru-guru Tahun 6 berusaha untuk melaporkan pretasi dan pelaporan para pelajar kepada waris-waris yang hadir.  Pihak sekolah amat berharap agar pihak waris dapat sama-sama membantu dalam membimbing anak-anak yang bakal menduduki UPSR pada bulan September ini. 






Friday, July 5, 2013

Jelajah 10,000 Langkah SKPI

SKPI menganjurkan 'Larian Jelajah10 Ribu Langkah' SKPI pada 5 Julai yang bermula dengan senamrobik beramai-ramai. Dan kemudian, para pelajar bersama guru melakukan aktiviti berjalan kaki sejauh 1 km di kawasan sekitar sekolah.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan peningkatan kesedaran tentang kesihatan di kalangan warga sekolah. Ianya dapat memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah supaya menjadikan amalan ‘berjalan kaki’ sebagai salah

Aktiviti berjalan kaki dapat menghindarkan obesiti, dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Aktiviti sedemikian turut merapatkan silaturahim antara komuniti sekolah yang berbilang kaum, bangsa serta agama dan umur.




















 

Thursday, July 4, 2013

Program Tetra Pack di SKPI

Wakil dari Tetra Pak Malaysia telah mengadakan satu program kitar semula kepada para pelajar SKPI pagi ini.  Kehadiran Tetra Pack ke SKPI adalah bagi menyuntik kesedaran mengenai kitar semula pembungkus minuman di kalangan pelajar sekolah.

Murid-murid didedahkan kepada teknik-teknik kitar semula kotak susu sekolah.  Aktiviti "Flip, Flap Flat", para pelajar diajar cara mengempiskan kotak susu lalu dikumpul untuk tujuan kitar semula.  Bungkusan minuman ini boleh diproses menjadi kotak pensil, buku nota dan alat perhiasan kertas yang cantik. 

Menerusi projek ini, kotak-kotak susu yang habis diminum akan dikempiskan dan dikumpulkan oleh pihak sekolah untuk tujuan kitar semula. SKPI menerima kehadiran Tetra Pack yang bertujuan untuk menjaga serta memelihara alam sekitar.