Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah
Sambutan Hari Kanak-kanak
Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta
semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “”Satu Hari Persaudaraan Dunia
dan Persefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak”. Malaysia adalah di antara 150
negara yang menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun.
Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan
kesejahteraan kanak-kanak, Unit HEM turut menganjurkan sambutan Hari
Kanak-Kanak sebagai satu program penghargaan murid dalam Program Amalan Guru
Penyayang.
RASIONAL
Memberi penghormatan dan
pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua
bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan,
kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.
OBJEKTIF
- Memberi penghargaan kepada kanak-kanak sebagai penggerak generasi masa depan
- Meraikan kanak-kanak dengan jamuan makan.
- Mencungkil bakat sedia ada kanak-kanak.
Perlawanan Sukaneka antara rumah (T1-T6)




Aktiviti Penyediaan Makanan untuk para pelajar SKPI - TomYam Bihun dan air oren Sirap Sunquick



Tayang Video dan Kuiz

Persembahan Bakat Pelajar
Persembahan daripada bekas pelajar SKPI
Permainan Dalaman Kanak-Kanak
Penyampaian hadiah
No comments:
Post a Comment