Monday, May 27, 2013

Ubah - PSS - Ubah

Perpustakaan SKPI mengalami sedikit perubahan di mana tempat duduk diubahsuai untuk memberikan lebih banyak ruang bacaan santai (untuk pelajar Tahap 1).

Meja guru ditempatkan berhampiran dengan rak buku fiksyen untuk memudahkan guru membuat pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan para pelajar.  Ianya turut bertujuan untuk mengurang kadar pergerakan murid di kawasan rak buku dan memberi peluang kepada murid menumpu perhatian pada aktiviti bacaan.

Keadaan meja yang disusun dalam bentuk kumpulan diharap dapat meminimumkan tahap kebisingan para pelajar semasa waktu perpustakaan kerana kedudukannya yang terasing di antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.



Sebelum
Susunan Meja dalam bentuk dua baris
Nampak kemas tetapi tidak begitu berfungsi untuk kawalan murid.
Kedudukan murid yang dekat di anatara satu sama lain menggalakkan mereka banyak bercakap.  Tempat duduk yang berhampiran dengan rak buku memudahkan murid berjalan dan sering menukar buku di rak yang menyumbang kepada tahap kebisingan semasa waktu perpustakaan.  Keadaan buku-buku di rak menjadi tidak terurus dan bercampur-aduk apabila murid banyak menukar/mengambil buku di rak.
Ketiadaan guru berhampiran dengan rak buku menjadi punca anak murid berkeliaran di sudut rak buku di belakang.  Meja guru di hadapan serta berjauhan dari rak buku membolehkan murid berjalan ke belakang dan membuat bising. 




Kini
Meja disusun secara berasingan.  Setiap meja dikhaskan untuk kumpulan 6-7 pelajar sahaja.
Meja guru lebih strategik iaitu ditempatkan di belakang berhampiran dengan rak-rak buku fiksyen.  




Terdapat ruang santai untuk murid tahap 1 di mana guru dapat mengadakan sesi bercerita bersama mereka. 
Ruang Santai
Meja rendah yang bersesuaian untuk murid-murid Tahap 1.

Terdapat juga ruang untuk guru-guru beristirehat, membaca buku atau mengadakan perbincangan professional dengan rakan sejawat.
Ruang untuk Guru dan Staf Sekolah


Rak buku fiksyen dan rak buku bukan fiksyen jelas dilabel dan ditempatkan di kawasan yang strategik. 
Rak-Rak Buku Bukan Fiksyen



Buku-buku bukan fiksyen dibahagikan mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Ianya yang terdiri daripada

000-100 Karya Am
100-199 Falsafah
200-299 Bahasa
300-399 Agama
400-499 Sains Kemasyarakatan
500-599 Sains Tulen dan Matematik
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian
800-899 Kesusasteraan
900-999 Sejarah dan Geografi

Namun begitu, perpustakaan SKPI masih kurang mempunyai buku-buku Karya Am, Falsafah, Teknologi, Kesenian dan Kesusasteraan.  PSS sedang berusaha untuk menambah koleksi buku dari kumpulan penkelasan tersebut.  Buku-buku sedemikian kebanyakkannya agar sukar didapati di pasaran yang bersesuaian dengan peringkat tahap murid-murid sekolah rendah. 


Rak Buku Fiksyen
Perpustakaan SKPI mempunyai koleksi buku fiskyen Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang mencukupi untuk bacaan para pelajar SKPI.  Dengan nisbah murid-buku 1:12, PSS sedang berusaha untuk meningkat jumlah buku fisyen dari masa ke semasa.


Kaunter Sirkulasi
Kaunter sirkulasi yang menguruskan proses peminjaman buku.  Perpustakaan SKPI menggunakan sistem barkod E-Khutub Khanah dlam urusan peminjaman buku.  Kesemua buku mempunyai barkod dan setiap peminjam menggunakan kad ahli untuk urusan peminjaman buku.  Setiap pelajar dibenarkan meminjam SEBUAH BUKU untuk tempoh selama DUA MINGGU.     

Ruang Perpustakaan SKPI yang selesa


Peringatan kepada semua pengguna PSS *(guru dan murid) untuk mencatit Buku Penggunaan Perpustakaan setiap kali menggunakan perpustakaan.  Ini membolehkan pihak pengurusan PSS membuat analisis penggunaan bilik khas untuk tujuan pengreddan PSS oleh PKG. 

No comments:

Post a Comment