Pihak sekolah telah mengorak langkah untuk mengadakan garisan-garisan di laluan utama serta tangga-tangga bangunan. Penanda-penanda tersebut dapat memudahkan murid-murid sekolah bergerak ke bilik darjah masing-masing. Ianya dapat melicinkan pergerakan murid-murid dan menghindarkan kesesakan ketika mereka beredar ke kelas setiap pagi.
Para pelajar dikehendaki sentiasa bergerak di sebelah kiri mereka ketika menaiki tangga. Murid dilarang daripada berlari-lari ketika menaiki dan menuruni anak tangga. Perbuatan berkejar-kejaran dan tolak-menolak di antara satu sama lain ketika menaiki/menuruni tangga merupakan satu kesalahan.
Jalan di sebelah kiri semasa menaiki/menuruni tangga.
Dilarang berjalan di luar garisan kuning.
Guru yang bertungkus lumus melukis penanda pada laluan tangga. Terima kasih Cikgu Fazli.
No comments:
Post a Comment