Saturday, September 29, 2012

HAC 2012

Pada 29 September 2012, Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar SKPI di dalam akademik dan Kokurikulum.  Mereka terdiri daripada murid Tahun 1 hingga 6 termasuk Pra Sekolah.

Kejayaan murid-murid ini telah dinilai melalui pencapaian mereka di dalam peperiksaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1(PKSR 1) yang telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu.


Pada tahun ini, murid-murid yang berjaya mencapai tahap yang cemerlang samada di dalam kelas mahupun di dalam aliran dan mata pelajaran diberi penghargaan berupa hadiah baucar buku sebagai dorongan untuk meneruskan usaha dan juga menjadi contoh teladan bagi murid-murid lain. 

Walaupun HAC kali ini disambut secara sederhana tetapi ianya tetap meriah dan gemilang bagi meraikan pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Majlis HAC telah dirasmikan oleh Encik Fasharuddin bin Hassan (Pengurus Cawangan RHB Islamic Bank Bhd Autocity).  Turut serta adalah YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin b Ismail










2 comments: