Monday, July 15, 2019

Kejohanan Bola Sepak 9S U12 Piala Datuk Mansor

Tarikh : 15 Julai 2019
Kejohanan Bola Sepak 9S U12 Piala Datuk Mansor
Tempat : ILKIM, Jawi






Pasukan bola sepak SKPI berjaya mendapat tempat ke-empat dalam Kejohanan Bola Sepak 9S U12 Piala Datuk Mansor.  Tahniah diucapkan kepada coach serta pemain-pamain sekolah.

Tuesday, July 9, 2019

Portrait SK Permai Indah

Tarikh : 9 Julai 2019
Permandangan SKPI yang indah








*gambar diambil oleh Tn GB, En. Mazlan

Wednesday, July 3, 2019

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Peringkat Negeri

Tarikh: 3 Julai 2019
Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform (Peringkat Negeri)
Tempat : Pusat Ko Kurikulum (Kem Mutiara)

Team Kawad Kaki SKPI berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Peringkat Negeri.






















Adik Faiz turut mendapat anugerah Ketua Platun Terbaik.


Tahniah team Kawad SKPI serta guru2 pembimbing.



Tuesday, July 2, 2019

Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Negeri

Tarikh : 2 Julai 2019
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap 1 
(Peringkat Negeri)


Pasukan SKPI telah berjaya mendapat tempat Ke-4 dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap 1 Peringkat Negeri.  














Tahniah kepada 
1. Nadhira (1UKM)
2. Amani (1UKM)
3. Qaseh (2UKM)
4. Nurin (2UKM)

berserta Guru Pembimbing Cikgu Yeap.

Sunday, June 30, 2019

Logo Sekolah SKPI





MAKSUD WARNA

Kuning
Melambangkan sekolah ke arah kecemerlangan sebagai institusi pendidikan yang bersih, taat, beragama dan disanjung tinggi oleh setiap warga sekolah dan masyarakat.   

Biru
Melambangkan budaya sekolah yang cemerlang dalam semua aspek berlandaskan tatasusila hidup.

Merah
Melambangkan daya tahan tingi yang perlu ada dalam menghadapi cabaran hidup.



PENGERTIAN IMEJ

Buku
– Buku sebagai asas bahan pengajaran dan pembelajaran.
– Buku sebagai sumber ilmu

Komputer
– Lambang Sains dan Teknologi yang menjadi teras Wawasan Pendidikan.
– Komputer sebagai asas kepada alaf baru di mana sekolah-sekolah akan menjadi Sekolah Bestari.

Parabola
- Warga sekolah sentiasa bersedia menerima maklumat yang tepat dan terkini.
- Ilmu ditimba dari pelbagai sumber.




Friday, June 28, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2019

Tarikh : 28 Jun 2019
Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 

Semua warga SKPI telah meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah pada Jumaat 28, Jun.  Majlis disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Permai Indah, para pelajar Pra Sekolah, Tahun 1 - 6 dan turut dimeriahkan oleh beberapa orang bekas pelajar sekolah ini.  

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.10 tengah hari.  Antara program yang diadakan adalah acara persembahan murid-murid dan jamuan makan semua murid secara serentak.  Makanan adalah ditaja oleh para waris, serta pihak PIBG sekolah.  Pelbagai juadah dan kuih muih disediakan untuk dijamukan kepada murid-murid.    




Laporan Bergambar