Tarikh : 19 April 2016 Tempat : SK Guar Perahu STORY TELLING COMPETITION SK Permai Indah berjaya meraih tempat PERTAMA dalam Pertandingan "Story-Telling" peringkat Daerah Seberang Perai. Tahniah kepada adik Darssireanna Reuben.
Tarikh : 25 April 2016 Kelas : 3 UPM Masa : 11.10 -12.10 tgh (waktu ganti ketidakhadiran guru) Para pelajar menjalankan aktiviti membaca buku fiksyen Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menggunakan bahan bacaan yang disediakan oleh Pusat Sumber. Selepas itu, beberapa orang pelajar menceritakan semula buku yang dibaca kepada rakan sekelas. Di samping itu, pelajar yang fasih membaca turut membimbing rakan mereka dalam aktiviti membaca.
Tarikh : 14 April 2016 Tempat : Penang Science Cluster Seramai 40 orang pelajar SKPI menghadiri Kem Sains yang dianjurkan oleh Penang Science Cluster, Bayan Lepas. PSC bertujuan untuk mencetuskan minat dalam bidang sains dan teknologi, mewujudkan budaya inovasi serta keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah. Para pelajar menjalankan aktiviti Literasi Maklumat serta 'hands-on' tentang perisian robotik Lego yang dibimbing oleh tenaga pengajar PSC.