Tarikh : 28 Januari 2019
Watikah Pelantikan Pengawas PSS Sesi 2019
Satu majlis ringkas Watikah Pelantikan Pengawas PSS bagi sesi 2019 telah dijalankan sejurus selepas perhimpunan rasmi Isnin. Seramai 36 orang pelajar dari kalangan pelajar T4-6 telah dilantik sebagai Pengawas PSS.
Monday, January 28, 2019
Friday, November 23, 2018
Majlis Persaraan Guru SKPI
Tarikh : 23 November 2018
Majlis Persaraan Cikgu Aisah Din dan Pn. Che Suzaini
Majlis Perpisahan Ustaz Mohamad Fauzi Omar dan Cikgu Norhafisah
SKPI bakal kehilangan 4 orang guru iaitu
Ustaz Mohd Fauzi b Omar - bertukar ke SK Bakar Arang
Cg. Nor Hafisah bt Abdul Rashid
Cg Aisah bt Din (bersara)
Pn Che Suzaini bt Mohd Noor (bersara)

Selamat maju jaya kepada Ust Fauzi, Cg Hafisah, Cg Aisah & Pn. Che Suzaini

Sunday, November 18, 2018
Tuesday, November 6, 2018
Selamat Hari Deepavali
PSS SK Permai Indah mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada guru-guru serta murid-murid SKPI yang menyambutnya.
Saturday, November 3, 2018
Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018
Tarikh : 2 November 2018
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah
Setiap tahun, murid-murid SKPI akan diraikan dalam suatu majlis yang ceria dan meriah.
Acara sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini dibahagikan kepada 2 segmen. Sesi pertama adalah acara sukaneka. Manakala, yang satu lagi adalah acara persembahan pentas seperti nyanyian boria, pertandingan pakaian beragam bertemakan 'Cita-Cita saya'.
Sukaneka adalah - Tuju tin untuk Tahap 2 dan Span Bocor untuk Tahap 1.
Span Bocor, para peserta dikehendaki memenuhi botol dengan air yang diperah melalui span yang direndamkan di dalam air. Pasukan yang berjaya mengumpul air yang paling banyak setelah habis sepuluh orang peserta dikira sebagai pemenang.
Tuju Tin - para peserta dikehendaki menjatuhkan 6 tin kosong menggunakan bola yang dilontar dari satu jarak yang tertentu. Mata akan dikumpul mengikut jumlah tin yang dijatuhkan oleh setiap peserta.
Dokumentasi bergambar
Sesi Sukaneka

Persembahan murid di dewan

Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup

Pertandingan Pakaian beragam Pra Sekolah dan Tahap 1

Menu sambutan Hari Kanak-Kanak
Nasi Ayam kuah Kicap
Subscribe to:
Posts (Atom)