Wednesday, August 12, 2015

Sambutan Hari Raya SKPI 2015

Tarikh : 12 Ogos 2015
Sambutan Hari Raya SKPI 2015

PENDAHULUAN
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan dan juga peringkat sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah melalui unit HEM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah yang diadakan pada hari Rabu iaitu 12 Ogos 2015 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Permai Indah.

 MATLAMAT
  • Meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
  • Melahirkan rasa kesyukuran menyambut aidilfitri.


 OBJEKTIF
  • Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat.
  • Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
  • Mengembangkan hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan.


 TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi        :  Perhimpunan pagi dan sambutan hari lahir bulan Ogos
7.40 pagi        :  PdP berjalan seperti biasa
12.00 tgh        :  Jamuan makan untuk murid-murid Tahun 1 dan 2
1.30 petang    :  Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 rehat dan solat zohor berjemaah
2.00 petang    :  Jamuan makan untuk murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6
3.00 petang    :  Persembahan di dewan
4.00 petang    :  Bersurai

PELAKSANAAN
Sambutan ini telah diadakan pada 12 Ogos 2015. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. 

Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Program dimulakan dengan sambutan hari jadi untuk guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Ogos di waktu perhimpunan pagi. Pada pukul 12 tengahari dan 1.30 petang, murid-murid dijamu dengan pelbagai kuih-muih yang dibawa oleh murid sendiri besertanasi tomato, rendang ayam, sate dan lain-lain lagi yang disediakan oleh para guru sendiri. Setelah selesai jamuan makan, murid-murid berkumpul di dewan terbuka untuk sesi berkaraoke.

RUMUSAN
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini telah berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan ianya telah menanam nilai-nilai murni di dalam jiwa setiap guru dan murid di sekolah ini di samping merapatkan ukhwah dan menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan di kalangan warga sekolah ini.

 LAPORAN BERGAMBAR









Video..klik di atas

Tuesday, August 11, 2015

Bengkel 'Grammar Writing UPSR'

Tarikh : 10 - 11 Ogos 2015
Tempat : Dewan SKPI
Penceramah : Encik Bistamam bin Yahaya
















Monday, August 10, 2015

Sunday, August 9, 2015

Almanak Astronomi 2015

Almanak adalah sebuah terbitan tahunan yang berbentuk informasi mengenai sesuatu bidang tertentu.  Ianya biasanya disusun mengikut turutan takwim.  

Pelbagai statistik dan data dilampirkan di dalam sesebuah almanak seperti tairkh gerhana, laporan cuaca, perayaan dan lain-lain.    (sumber Wikipedia)



Klik di bawa untuk Almanak Astronomi tahun 2015.  
ALMANAK 



Saturday, August 8, 2015

Thursday, August 6, 2015

Taklimat Kesihatan

Taklimat Kesihatan Kesihatan untuk pelajar perempuan Tahun 5 & 6 yang ditaja oleh Librese





Tuesday, July 7, 2015

Pertandingan Pembaca Terbanyak Mac-Jun 2015

Tarikh : 6 Julai 2015
Satu upacara ringkas Keputusan Pembaca Terbanyak bagi bulan Mac-Jun

Pembaca Buku Terbanyak Bulan Mac
Tahun 1 - Nur Syafrina Balqis bt Azman 1R
Tahun 2 - Nur Zahirah Batrisyia bt Mohd Nazri 2R
Tahun 3 - Nur Rabiatul Adawiyah bt Mohd Nazri 3R
Tahun 4 - Kirtanaashini ap Sivakumar 4R
Tahun 5 - Muhammad Afiq Ikmal b Shaidun 5R
Tahun 6 - Muhammad Fariz Zulhaikal b Faizal 6R

Pembaca Buku Terbanyak Bulan April
Tahun 1 - Putri Zarish Sofia bt Azman 1R
Tahun 2 - Syafiqah Najwa bt Ruzaini 2R
Tahun 3 - Nur Amelina bt Zambary 3R
Tahun 4 - Aida Nur Najwa bt Shahrol Azuan 4R
Tahun 5 - Indah Shafiqah bt Halidan 5R
Tahun 6 - Nur Ain Amirah bt Rosle 6R

Pembaca Buku Terbanyak Bulan Mei
Tahun 1 - Wardina Al-Insyirah bt Muhamad Hishamudin 1R
Tahun 2 - Nazuratul Adlina bt Nazrul Nizam 2I
Tahun 3 - Nur Auni Batrisyia bt M. Hazdi Azreen 3R
Tahun 4 - Nandhini ap Sathia Silam 4R
Tahun 5 - Lesshwin al Sridharan 5R
Tahun 6 - Muhammad Afiq Lukman b Ahmad Rosli 6R













Monday, July 6, 2015

Kejohanan Bola Tampar MSSPP 12TKB

19 Mei 2015
Kejohanan Bola Tampar MSSPP 12TKB (Peringkat Negeri)

Pencapaian -Naib Johan Lelaki



Friday, June 26, 2015

Kem Kecemerlangan UPSR SKPI

Kem Kecemerlangan UPSR SKPI bersama Berita Harian

Tarikh : 22 hingga 25 Jun 2015
Tempat : Dewan Kolej Vokasional Seberang Perai