Klik video di atas
Monday, January 19, 2015
Majlis Penyampaian Watikah Leftenan Muda untuk Guru-Guru SKPI
Satu majlis Penyampaian Watikah Leftenan Muda untuk para guru SKPI telah diadakan pada pagi 19 Januari 2015. Watikah telah disampaikan oleh Inspektor Mohamad Ilias bin Jamaludin (Ketua Polis Balai Bukit Mertajam)
Friday, January 16, 2015
Program Transisi Tahun 1
12-16 Januari 2015
Program Transisi Murid Tahun 1 SKPI berakhir hari ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang seminggu bagi menyesuaikan murid-murid Tahun 1 ke alam persekolahan.
Buku Teks telahpun diedarkan kepada semua pelajar Tahun 1 SKPI pada hari Khamis. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada para waris untuk membalut buku-buku teks tersebut
Para waris adalah dingatkan untuk menyediakan buku rampaian (tulis) dan peralatan tulis untuk anak-anak bagi melicinkan pengajaran guru-guru di kelas.
Sila pastikan buku-buku pelajaran dibawa ke sekolah mengikut jadual waktu.
Program Transisi Murid Tahun 1 SKPI berakhir hari ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang seminggu bagi menyesuaikan murid-murid Tahun 1 ke alam persekolahan.
Peringatan
Mulai minggu hadapan, murid-murid Tahun 1 akan mula sesi pembelajaran mengikut sukatan yang telah dirancangkan oleh KPM sama seperti semua murid-murid Tahun 1 di seluruh negara.
Buku Teks telahpun diedarkan kepada semua pelajar Tahun 1 SKPI pada hari Khamis. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada para waris untuk membalut buku-buku teks tersebut
Para waris adalah dingatkan untuk menyediakan buku rampaian (tulis) dan peralatan tulis untuk anak-anak bagi melicinkan pengajaran guru-guru di kelas.
Sila pastikan buku-buku pelajaran dibawa ke sekolah mengikut jadual waktu.
Thursday, January 15, 2015
Lawatan Pemantauan Pusat Sumber/Makmal Komputer Sekolah - BTPNPP dan PKG
Lawatan Pemantauan Sekolah darpada tiga orang pegawai dari PKG dan BTPNPP ke SKPI pada 14 Januari 2015. Mereka membuat pemantauan ke atas Makmal Komputer, Pusat Akses dan Pusat Sumber Sekolah.
En Ahmad Fauzi bin Romani - Pegawai Teknologi Pendidikan, UPICT, BTPNPP
En Muhammad Zaim Bin Adam - Penyelaras PKG Alma
Pn Rohana bt Yob - Penyelaras PKG Bukit Mertajam
En Ahmad Fauzi bin Romani - Pegawai Teknologi Pendidikan, UPICT, BTPNPP
En Muhammad Zaim Bin Adam - Penyelaras PKG Alma
Pn Rohana bt Yob - Penyelaras PKG Bukit Mertajam
Wednesday, January 14, 2015
Lawatan Ke Van Perpustakaan Bergerak - Murid Tahun Satu
Para pelajar Tahun 1 berpeluang berkunjung ke van perpustakaan bergerak pada hari ini.
Adik-adik Tahun 1 mendapat pengalaman baru membuat aktiviti bacaan di dalam van yang penuh dengan pelbagai bahan bacaan.
Memandangkan ruang bacaan van ini agak sempit, yang hanya dapat menampung pengunjung seramai 12-15 orang setiap sesi, maka para pelajar tahun 1 melawat van ini secara berkumpulan.
Van Perpustakaan Bergerak ini akan berada di perkarangan SKPI pada selang setiap hari Rabu. Para pelajar SKPI boleh meminjam buku-buku dari sini.
Permohonan kad pinjaman adalah percuma. Para pelajar yang ingin menjadi ahli, boleh hantar satu salinan surat lahir kepada Teacher Lim.
Tuesday, January 13, 2015
Proses Pengagihan Wang Bantuan Persekolahan 2015-SKPI
Pengagihan wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap seorang murid SKPI telah dilaksanakan pada 13 Januari 2015. Proses agihan yang bermula sekitar jam 11.30 pagi telah berjalan dengan lancar.
Bagi sebilangan kecil ibu bapa/waris yang tidak berkesempatan untuk hadir ke sekolah pagi tadi boleh mendapatkan wang tersebut dari pejabat sekolah pada waktu pejabat esok.
Bagi sebilangan kecil ibu bapa/waris yang tidak berkesempatan untuk hadir ke sekolah pagi tadi boleh mendapatkan wang tersebut dari pejabat sekolah pada waktu pejabat esok.
Monday, January 12, 2015
Pengumuman Agihan Bantuan Awal Persekolahan SKPI 2015
Bantuan awal persekolahan
bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015
akan diagihkan kepada para
pelajar SK Permai Indah pada
13 Januari 2015 bermula jam 11.30 pagi
Tempat penyerahan adalah di
bilik darjah masing-masing melalui guru kelas.
Objektif bantuan ini adalah
bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun
yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Syarat kelayakan penerimaan bantuan adalah
pelajar mesti berstatus warganegara Malaysia .
Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2015
Hari ini 12
Januari, bermulalah sesi persekolahan bagi Tahun 2015.
Warga pendidik SK Permai
Indah mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah
kepada semua murid-murid yang disayangi.
Di SK Permai
Indah, seramai 775 orang murid dan 71orang guru telah memulakan sesi persekolahan pada
hari ini.
Pelajar baru dari Tahun 1 dan Pra Sekolah turut memulakan alam persekolahan pada hari
ini.
PSS SKPI mengucapkan Selamat
Mengharungi Dunia Persekolahan.
Saturday, January 3, 2015
Thursday, January 1, 2015
Wednesday, December 31, 2014
Taklimat KSSR Tahun 5 & Unit Tatatertib Penjawat Awam
Taklimat Penataraan KSSR Tahun 5 telah diadakan untuk para guru SKPI pada 31 Disember.
Turut diadakan satu Taklimat Peraturan-Peraturan Penjawat Awam yang disampaikan oleh Pegawai daripada Unit Tatatertib & Keutuhan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, En Md. Badro Hishan b Ibrahim.
(Video - Klik di bawah)
Tuesday, December 30, 2014
Bacaan Ikrar Aku Janji Guru SKPI 2015
Bacaan Ikrar Aku Janji Guru SKPI Tahun 2015
Tarikh : 30 Disember 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 30 Disember 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat
Video -klik di atas
Monday, December 29, 2014
Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015
YAB Menteri Pendidkan telah mengumumkan penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015 selama seminggu. Oleh itu, sesi persekolahan bagi negeri Pulau Pinang akan bermula pada tarikh
12 Januari 2015
Klik di sini untuk surat siaran Penjelasan Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto NSTP/Abdullah Yusof
Sunday, December 28, 2014
Orientasi Tahun 1 & Pra Sekolah sesi 2015
Program Orientasi bagi para pelajar Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi 2015 telah diadakan pada 28 Disember 2014. Para waris menghadiri taklimat peraturan sekolah, PBS dan Linus di dewan terbuka manakala para pelajar menjalani sesi suai-kenal di bilih darjah masing-masing.
Para waris turut membeli serta menempah alat-alat keperluan persekolahan anak-anak di Kedai Koperasi PIBG yang baru mula beroperasi tahun ini.
Tuesday, December 23, 2014
Taklimat Dialog Prestasi
Satu taklimat Dialog Prestasi UPSR telah diadakan untuk para guru SKPI pada 23 Disember yang dikendalikan oleh En. Mohd Nasir bin Othman (SIP+ PPD Tengah).
Subscribe to:
Posts (Atom)










































