Saturday, October 26, 2013

Perkhemahan & Rekreasithon 2013

Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-26 Oktober yang dijalankan serentak dengan Hari Rekreaksithon SKPI anjuran PIBG bersama SKPI. Perkhemahan dan Rekreasithon SKPI 2013 (Video Klik di sini)

Friday, October 25, 2013

Penghasilan "Roket Air" SKPI

Panitia Sains telah menjalankan satu aktiviti merekacipta ‘Water Rocket” dengan para pelajar Tahun 6. Dalam program ini, pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Para pelajar menggunakan kreativiti serta pengetahuan asas Sains dalam meminimumkan daya geseran dan tekanan udara untuk melancarkan roket mereka. Aktiviti ini menguji kemahiran serta pemahaman para pelajar dalam aplikasi sains lalu diterjemahkan kepada penghasilan roket tersebut. Setelah berjaya dihasilkan roket air, para pelajar berpeluang untuk melancarkan roket-roket ciptaan mereka ke udara.






Thursday, October 24, 2013

Taklimat Penjagaan Gigi Kodomo Lion

Para pelajar SKPI berpeluang menyaksikan satu taklimat ringkas mengenai Kepentingan Penjagaan kesihatan mulut terutamanya gigi yang dikendalikan oleh pihak KODOMO LION bersama 2 wakil SOUTHERN LION serta beberapa orang jururawat dari Kementerian Kesihatan hari ini. Ianya bermula dengan satu sesi bercerita dan diteruskan dengan sesi soal jawab. Para pelajar SKPI turut menerima satu set berus gigi serta ubat gigi yang ditaja khas oleh pihak Southern Lion.

Monday, October 21, 2013

Lagu Budaya Membaca

Lagu Budaya Membaca (Klik di sini)

Lirik Lagu

Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan Kebijaksanaan
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai
Beraneka jenis bahan bacaan….
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia
Semaikan budaya membaca
Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita
Jadikan membaca budaya kita
Jadikan membaca budaya kita
Jadikan membaca budaya kita
Jadikan membaca … Bu da ya ki ta.........

Saturday, October 19, 2013

Aktiviti Penanaman Bakau SKPI bersama Honeywell


Satu aktiviti Penanaman Semula Pokok Bakau di Sungai Acheh, Nibong Tebal telah dianjurkan oleh Syarikat Honeywell bersama tiga buah sekolah angkatnya iaitu SK Permai Indah, SJKC True Light dan SJKT Ladang Juru pada 19 Oktober 2013. SK Permai Indah telah diwakili oleh 30 orang pelajar Tahun 5 & 6 yang diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Che Asa dan Teacher Lim. Setelah bersarapan pagi ‘nasi lemak enak Sungai Acheh’, para pelajar menghadiri taklimat ringkas oleh pegawai daripada Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA). Mereka didedahkan mengenai kepentingan melindungi dan memulihara ekosistem hutan bakau di persisiran pantai. Kemudian, para pelajar berpeluang turun ke kawasan paya untuk aktiviti menanam anak pokok bakau di tempat yang disediakan. Sebanyak 1000 anak pokok telah ditanam pada hari tersebut. Proses penanaman berjalan dengan lancar walaupun keadaan tanah yang berlumpuh serta hujan renyai-renyai. Staf-staf dari Syarikat Honeywell serta para pelajar dari tiga buah sekolah dan guru-guru pengiring berjaya menghabiskan aktiviti penanaman dalam masa yang singkat dengan semangat kerjasama. Majlis diakhiri dengan hidangan KFC sebagai makan tengahari untuk semua peserta. Aktiviti Penanaman Anak Bakau SKPI bersama Honeywell (KLIK DI SINI)

Wednesday, October 16, 2013

Hari Kanak-Kanak 2013

Sambutan Hari Kanak-Kanak SKPI telah diadakan pada 16 Oktober 2013.

Hari Kanak-Kanak SKPI 2013  (Klik di sini)

Saturday, October 12, 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik

Seminar Integriti Warga Pendidik telad diadakan di Dewan SK Permai Indah pada 12 Oktober. Penceramah jemputan adalah Tn Hj Bohari b Samsudin yang membentangkan ceramah yang bertajuk "Pelan Integriti Nasional dan Pembudayaan Integriti dalam Pendidikan". Para peserta terdiri daripada guru-guru dari SK Permai Indah, SMK Permai Indah serta SMK Vokasional dan Teknik Seberang Perai.

Friday, October 11, 2013

Pertandingan Memasak Tahun 6

Satu aktiviti memasak telah diadakan untuk para pelajar Tahun 6 pada 11 Oktober. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk memasak menu-menu pilihan mereka. Di antara resipi yang dihasilkan adalah mi goreng pelbagai rasa, sandwich, salad serta minuman.

Thursday, October 10, 2013

Workshop Lego Mindstorm Robotic

Satu bengkel Robotic Lego Mindstorm telah diadakan yang melibatkan 30 orang pelajar Tahun 4 & 5 selama 3 jam. Para peserta telah didedahkan kepada pengetahuan asas seperti pembinaan dan programming robot. Dua orang jurulatih dari Penang Science Cluster telah membantu para pelajar SKPI dalam aktiviti tersebut yang dibina menggunakan kepingan Lego pelbagai bentuk dan saiz.











Friday, October 4, 2013

Pertukaran Guru SKPI 2013


Ustazah Shahanim Ahmad telah bertukar ke SK Nawa, Kedah mulai 1 Oktober 2013. PSS mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada beliau.

Wednesday, October 2, 2013

Aktiviti Selepas UPSR 2

Para pelajar Tahun 6 SKPI telah diajar teknik-teknik menjahit untuk menghasilkan alas meja.




Tuesday, October 1, 2013

GerakTari 1-Msia Pra Sekolah 2013

Pihak Pra Sekolah SKPI yang diwakili oleh Pra Indah, Pra Permai dan Pra Ceria telah mengadakan Gerak Tari 1Malaysia Prasekolah selaras dengan Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah inisiatif Prasekolah. Ianya dijalankan serentak seluruh negara bermula tepat pukul 8.00 pagi di dewan SKPIpada 1 Oktober 2013.

Sunday, September 29, 2013

Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab 2013

Pasukan SK Permai Indah telah berjaya mengondol tempat KETIGA dalam Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab pada 28 September 2013. Syabas....



PSS mengucapkan tahniah kepada guru serta pelajar yang berjaya.