Tuesday, May 21, 2013

Kejohanan Bola Baling MSSPP 2013

Empat pelajar SKPI telah mewakili Pasukan Zon Bukit Mertajam dalam Kejohanan Bola Baling (12TKB) MSSPP Peringkat Negeri pada 7 Mei yang bertempat di SMK Guar Perahu.

Aida Afrina Hasnizam
Nurul Aisyah Bakri
Intan Noordiana Nizam
Noor Athirah Azaman



Monday, May 20, 2013

Satu Perubahan

Dahulu,
Perhimpunan Rasmi pada pagi Isnin pada kebiasaannya dijalankan di dataran sekolah. 
Ianya seringkali dibatalkan sekiranya berlakunya cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujan.  Dan guru-guru kelas terpaksa masuk ke kelas masing-masing sepanjang waktu perhimpunan tersebut. 

Kini,
Satu perubahan telah dilakukan oleh pihak sekolah supaya perhimpunan Isnin tetap dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.  Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memasang satu set kelengkapan PA system yang tetap di dewan terbuka.
Oleh yang demikian, perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa pada bila-bila masa.  Ianya memudahkan guru-guru bertugas membuat pengumuman penting kepada para pelajar.  Kemudahan alat pembesar suara yang tetap ini membolehkan aktiviti-aktiviti sekolah dijalankan tanpa pembaziran masa/tenaga untuk memasang PA system secara manual yang merumitkan.

Pada pagi ini, Perhimpunan Rasmi telah diadakan di dewan walaupun keadaan cuaca yang hujan.



Cadangan
Pihak sekolah akan berusaha mendapatkan dana untuk memasang sebuah television di dewan terbuka supaya para pelajar dapat menonton rancangan Astro pada waktu senggang -sebelum waktu persekolahan/waktu rehat. 

Sunday, May 19, 2013

Blog KSSR SKPI



Satu blog KSSR SKPI telah dibangunkan untuk membolehkan guru-guru KSSR menyimpan eviden-eviden pentaksiran para pelajar mereka.
Cikgu-cikgu SKPI boleh menghantar gambar atau video kepada Teacher Lim di alamat email 
permaiindahsk@yahoo.com

atau watsapp ke talian Teacher Lim.

Sila beri catatan ringkas mengenai video berkenaan seperti jenis pentaksiran, mata pelajaran dan deskriptor serta murid yang ditaksir.

Pelajar Linus SKPI

Everybody is a genius. But, if you judge a fish by its ability to climb a tree, it’ll spend its whole life believing that it is stupid.” – Albert Einstein

Click here to watch video.
English Assessment of 2 Camelia

Berdasarkan ungkapan di atas, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar mempunyai kebolehan mereka sendiri. Begitu juga dengan pelajar Kelas 2 C yang sebahagian besar daripada mereka merupakan pelajar Linus Tegar.

Teacher Bahasa Inggeris telah menggunapakai lagu untuk menarik perhatian mereka untuk menguasai kemahiran asas mengenal beberapa perkataan serta membaca dua ayat mudah.

Saturday, May 18, 2013

Bercerita menggunakan BigBook

Guru Tahap 1 boleh menggunakan BigBook dalam sesi bercerita. Ianya merupakan salah satu konsep dalam KSSR Didik Hibur (Bahasa Malaysia)/Language Arts (English Language).
Murid-murid Tahap 1 amat meminati sesi bercerita. Illustrasi dan gambar yang besar, berwarna-warni amat digemari oleh para pelajar. 


 Cikgu Halimatun menjalankan sesi bercerita bersama murid Kelas 1 A.
Murid memberikan maklum balas/respond yang positif semasa sesi bercerita menggunakan Bigbook.


******
Untuk makluman guru,PSS SKPI mempunyai banyak naskah Buku Cerita Bersaiz Besar dalam  beberapa Bahasa iaitu BM, BI, Bahasa Arab dan Jawi.  Perpustakaan SKPI menyediakan ruang bercerita yang sesuai untuk kelas kecil.
Sila berurusan dengan Teacher Lim untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut/keterangan lanjut .

Friday, May 17, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda
SKPI menyambut Hari Guru pada 17 Mei.  Pada malam Jumaat *16 Mei, pihak sekolah bersama PIBG telah mengadakan satu majlis Bacaan Yassin & Tahlil Sempena Hari Guru.

Perayaan Hari Guru SKPI dijalankan secara sederhana tetapi meriah menerusi beberapa acara yang disusunatur oleh Badan Kebajikan Guru SKPI.  Perhimpunan rasmi telah diadakan di dataran di mana GB SKPI, En Mohd Hasri telah memberikan ucapan Hari Guru dan kata-kata perangsang kepada para guru.  YDP PIBG turut hadir bersama untuk malancar Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013.
Guru-guru mempamerkan bakat menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan Lagu Tema Hari Guru di hadapan para pelajar. Upacara memotong kek Hari Guru telah dijalankan.

Guru-guru kemudiannya menyertai acara sukaneka - Bowling Bola Ragbi dan Pertandingan Bola Tampar.  Satu jamuan ringkas telah diadakan untuk meraikan Hari Guru yang ditaja khas oleh pihak kantin.

Selepas waktu rehat, kesemua murid berkumpul di dewan untuk menyaksikan persembahan murid buat guru-guru SKPI tersayang.

Ucapan Guru Besar, Cikgu Mohd Hasri b Hassan
Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Zainol Abidin b. Ismail
Persembahan Guru SKPI
Acara Memotong Kek Hari Guru
Acara Sukaneka Hari Guru
 





Perlawanan Bola Tampar Hari Guru


Acara Persembahan Murid di dewan sekolah
Koir Sekolah membuat persembahan
 Pasukan Nasyid Sekolah

Majlis Bacaan Yassin Hari Guru-16 Mei 2013

Thursday, May 16, 2013

TEMA HARI GURU 2013


GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

1 ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1 AGENDA
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

Latihan Rumah Sukan 2013

Mulai minggu ini, Latihan Rumah Sukan akan diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu dari pukul 7.40-8.40 pagi. Pelajar-pelajar Tahun 3-6 adalah terlibat dalam acara Lontar Peluru, Larian 100m, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh.




Latihan Rumah Sukan yang dijalankan pada 15 Mei.


Acara Lompat Tinggi



Acara Melontar Peluru




Acara Lompat Jauh



Oleh kerana pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan tenaga guru untuk menjalankan latihan rumah sukan, maka Cikgu Rizal selaku guru kaunseling telah mengambil alih kesemua kelas Tahun 1 dan 2 dengan menjalankan satu sesi motivasi bersama murid-murid di dewan sekolah.  Beliau telah dibantu oleh dua orang guru Tahap 1 iaitu Ustz. Mariam dan Teacher Lim







Selamat Hari Guru -16 Mei 2013

Wednesday, May 15, 2013

Perjumpaan Kegiatan Ko Kurikulum Unit-Unit Uniform SKPI

Selang setiap hari Rabu akan diadakan Perjumpaan Ko-Kurikulum Unit-Unit Beruniform di SKPI.
Guru-guru penasihat setiap unit telah mengorak langkah untuk mempelbagaikan aktiviti sewaktu perjumpaan kegiatan kokurikulum ini. Para guru telah merancang dan melaksanakan aktiviti dapat menarik minat para pelajar.

Kepelbagaian aktiviti setiap minggu seperti memasak, menjahit, mencipta logo, memasang khemah, permainan dalaman, mencari harta karun dan belajar membuat simpulan tali dapat merangsang minat pelajar untuk menyertai kokurikulum secara aktif.

Sorotan aktiviti-activiti yang dijalankan pada bulan April.




Pengakap kelihatan gembira berada dalam khemah yang dipasang oleh mereka.






Guru memberi penerangan mengenai teknik menjahit butang yang betul.
 Puteri Islam belajar permainan congkak