Friday, April 5, 2013

Kejohanan Bola Baling MSSPP 2013

Pasukan Bola Baling SKPI berjaya mengekalkan kejuaraannya dalam Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Bukit Mertajam yang berlangsung di SK Taman Impian pada 5 April 2013.  Pasukan SKPI mendapat tempat pertama. 
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SKPI serta jurulatih-jurulatih -  Cikgu Saripah Nekimah, Cikgu Rodzi, Cikgu Halimatun Saadiah, Cikgu Firdaus, Cikgu Sopian serta dua orang guru Praktikum, Cikgu Faiz dan Cikgu Hafizul.



Pemain-Pemain Pasukan Bola Baling SKPI
Aida Afrina - pemain terbaik
Siti Aisah Bakri
Intan Noordiana
Nur Fatihah
Nur Athirah Azaman
Secithra
Nur Farah Hanim


Thursday, April 4, 2013

Karnival BI Kelompok R19

Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R19

SK Permai Indah telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R-19 pada 3 April 2013.
Karnival pada kali ini mempertandingkan acara Public Speaking dan Story Telling.

Dalam acara Story Telling, SJKC Permatang Tinggi berjaya mengondol tempat pertama diikuti dengan SJKC Sin Ya,  SJKT Ladang Alma dan SJKT Permatang Tinggi.

Manakala bagi acara Public Speaking, johan disandang oleh SK Taman Impian.  SJKC True Light mendapat tempat Ke-dua SK Bukit Minyak tempat Ke-tiga dan SJKC Permatang Tinggi tempat Ke-empat.


Walaupun karnival ini berlangsung serba sederhana namun ianya tetap meriah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.



Acara "Story Telling"


















Acara "Public Speaking"








Tuesday, April 2, 2013

Karnival Bahasa Inggeris R19 di SKPI

Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R19
3 Mac 2013

SK Permai Indah akan menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R-19. Sebanyak sebelas buah sekolah telah menyertainya iaitu SK Permai Indah, SK Bukit Minyak, SK Juru, SK Alma, SK Alma Jaya, SK Taman Impian, SJKC True Light, SJKC Permatang Tinggi, SJKC Sin Ya, SJKT Ladang Juru, dan SJKT Permatang Tinggi.

Karnival pada kali ini mempertandingkan acara Action Song, Spelling Bee, Choral Speaking, Public Speaking dan Story Telling.

Di antara tentatif program adalah :-

3 April 2013
Story Telling - SK Permai Indah (Pusat Sumber)
Public Speaking - SK Permai Indah (Bilik Muzik)

16 April 2013
Choral Speaking -  SK Taman Impian

25 April 2013
Action Song - SK Pendidikan Khas Alma (Dewan)


* tertakluk kepada perubahan semasa

 Perpustakaan SKPI sebagai tempat pertandingan "Story Telling"


Bilik Muzik SKPI sebagai tempat pertandingan "Public Speaking"

Kejohanan Bola Sepak MSSPP 2013


Pasukan Bola Sepak SKPI berjaya mendapat tempat ke-tiga dalam Kejohanan Bola Sepak MSSPP Zon Bukit Mertajam baru-baru ini. 

Tahniah diucapkan.




Monday, April 1, 2013

Kejohanan Ragbi MSSM 2013













Empat orang pelajar SKPI telah mewakili negeri Pulau Pinang dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada 25-30 Mac di Ipoh. Pasukan tersebut berjaya mendapat tempat kedua dalam Kategori Plate.

PSS mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain ragbi SKPI.




 




Friday, March 29, 2013

Program 'Upgrading & Improving Reading Materials'




Anda mempunyai buku cerita kanak-kanak atau bahan bacaan yang tidak digunakan lagi? Jangan dibuang! Sumbangkanlah bahan bacaan tersebut.


PSS SK Permai Indah akan mengadakan program "Upgrading & Improving Reading Materials" sepanjang bulan April. Anda boleh menyumbang bahan bacaan yang bersesuaian kepada Pusat sumber SK Permai Indah.  Kepada yang berminat, sila serahkan buku-buku lama tersebut kepada staf di Pusat Sumber SKPI atau Pejabat SKPI pada waktu pejabat.


Buku-buku lama lebih bermanfaat jika disumbangkan kepada yang memerlukan dari disimpan atau dibuang.

Pihak PSS bercadang untuk menggunakan bahan bacaan tersebut untuk digunapakai di sudut bacaan bilik darjah, di Pondok Bacaan atau di mini Pusat Sumber di kaki lima bangunan B.  Dengan buku-buku tersebut, para pelajar SKPI dapat memaanfaat masa terluang pada waktu senggang atau atau rehat dengan membaca yang secara tidak langsung dapat meminimumkan tahap kebisingan pada waktu rehat.  Di samping itu, Program NILAM turut berjalan secara automatik apabila para pelajar mempunyai lebih banyak bahan bacaan di kawasan sekolah.  
PSS mendahului ucapan terima kasih di atas sokongan anda.

Monday, March 25, 2013

Sekitar Persaraan Guru Besar

Peristiwa menarik sekitar Majlis Persaraan Guru Besar. 

Sunday, March 24, 2013

Majlis Persaraan Guru Besar


Majlis Khas Sempena Persaraan Guru Besar SK Permai Indah, Pn Hjh Sepiah Bt Md Isa telah diadakan pada 22 Mac 2013. Beliau merupakan guru besar SKPI yang kedua mengantikan Pn Noraini bt Hj Jaafar pada tahun 2005. Pn Guru Besar telah banyak menyumbang kepada pembangunan sekolah terutamanya dalam memenangi beberapa anugerah khas.
 PSS mengucapkan "Selamat Bersara" kepada Pn Hjh Sepiah Bt Md Isa .

Today is your retirement day
Allow PSS these words to say
Five years you have served this school
It’s time for you to say goodbye.
You’re a great headmistress
So say a lot of people


And as a gratitude for all you’ve done
We’re giving you an A.
On second thoughts that’s not enough
For helping the students and teachers
So you get this thank you
As well as an A + + plus

The dedication you have shown
In excellence the school has grown
Throughout Pulau Pinang SKPI is known
The credit you must own.
May you enjoy your retirement
And everything you have earned
May you live life to the fullest
PSS wishes you good health and happiness!

Wednesday, March 20, 2013

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri PP Peringkat Daerah SPT 2013

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang-Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2013

Tarikh : 19 Mac 2013
Tempat : SMK Guar Perahu

Pasukan Nasyid Lelaki - Johan
Pasukan Nasyid Perempuan - Naib Johan














Kumpulan Nasyid Lelaki
Hykarl Ukasyah M. azahar
M. Afiq Lukman A. Rosli
M. Afifi Hakimi Zulfahmi
Ahmad Taib Ilias
M. Ammar Shapari
M. Haikal Danial
M. Mifzal Irfan Mahadzar
M. Irfan M. Fuad
M. Haikal Hilman
















Kumpulan Nasyid Perempuan
Nur Arfah Ayuni M. Fazeli
Izza Yasmin Adriana Azlan
Nur Sakinah Mahalel
Nur Syazana M. Shapari
Nur Aleya Balqis Shamsul Faizal
Fatihah Nur Zulaikha Omar
Nur Syarmila Zamira
Siti Nur Syafiqah M. Rafizal
Nur Husna Mat Nasir



Guru-Guru Pembimbing
Ust. Nordin b. Nawi
Ust. Mohd Syakir b Moktar
Ustz. Siti Maryam
Ustz. Shahanim
Ustz. Azlin Mursyidah
Cikgu Mashitoh bt Hamzah


PSS mengucapkan tahniah dan syabas.....

Tuesday, March 19, 2013

Kejohanan Hoki Jemputan KLIA 2013

Pasukan Hoki sekali lagi telah mengharumkan nama SKPI dengan menjadi juara dalam Kejohanan Hoki Jemputan KLIA yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Mac. 
Pasukan Lelaki - Johan

Pasukan Perempuan - Johan
Pemain Hoki Lelaki Terbaik -Putra

Tahniah diucapkan. 


 Pasukan Lelaki - Johan

Pemain Lelaki Terbaik - Adik Putera Ahmad Syahmie bin Ahmad Aswad




Pasukan Perempuan-Johan