Thursday, June 30, 2011

Raptai Sukan

Kejohanan Sukan Kali ke-10 akan berlangsung pada 2 Julai @ Sabtu.  Pada hari berkenaan, dua program bakal dijalan serentak iaitu Larian 1-Malaysia serta acara kemuncak sukan tahunan.  Raptai sukan telah dijalankan sepanjang minggu 27-30 Jun. 












Wednesday, June 29, 2011

SKPI Nasyid Team

In the recent 'Pertandingan Nasyid Peringkat Pulau Pinang', our school's team became the champion !! Three cheers to Ustaz Noordin Nawi.  With the theme "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji", Ustaz composed a nasyid song with a combination upbeat tempo. 
With this position, our team will be representing the Penang state in the National Level which will be held in Kulai Johor @ 4 July.



Wednesday, June 15, 2011

Wajah Baru PSS

Pusat Sumber SKPI telah melalui satu proses pengubahsuaian.  Teacher Lim dan beberapa orang pengawas PSS telah mengorbankan cuti semester Mei untuk melakukan kerja-kerja tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada Pengawas PSS ! 

Kini ianya mempunyai sedikit perubahan dari segi susun atur rak-rak buku dan hiasan dinding. 





Saturday, May 21, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan SKPI

Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 21 Mei @Sabtu untuk guru-guru SKPI.  Dua penceramah jemputan telah hadir untuk menyalurkan maklumat kepada para guru SKPI.
Tajuk ceramah- Pengurusan Sumber Manusia dan Etika Perguruan
Penceramah-penceramah adalah En Abdul Hamid Ibrahim dari Sekotor Jaminan Kualiti JPN PP dan En Zambri b Ismail dari Sektor Sekolah Menengah.





Monday, May 16, 2011

Hari Guru 2011

Hari Guru [Malaysia] disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ianya merupakan satu tanda penghargaan kepda semua warga cikgu-cikgi yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik anak-anak murid di sekolah.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Razak sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia.

SKPI  turut menyambut Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2011 bersama Hari Isnin. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sepanjang hari tersebut. Perhimpunan rasmi dijalankan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang, Lagu Sekolah serta Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Ianya diikuti dengan ucapan guru bertugas. Kemudian Guru Besar telah membaca Skrip Teks Ucapan Menteri Pelajaran Maysia dan PK HEM dengan ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu, Para guru SKPI pula mempersembahan nyanyian koir ~ Lagu Kami Guru Malaysia.

Berakhirnya Perhimpunan rasmi, guru bergandingan dengan murid-murid dalam acara permainan "bowling kelapa" dan bola sepak. Kemudian, para pelajar membuat persembahan pentas untuk menghiburkan guru kesayangan mereka.















SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK