Bengkel Permainan Tradisional Warisan Sesi 1
Tempat : SK Permai Indah
Program Pendidikan Warisan Budaya (CHEP) berpotensi menjadi perintis dan platform dalam mempromosi warisan budaya tempatan kepada generasi muda menerusi pendekatan kreatif. Program dengan kerjasama George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dapat menyokong usaha pendidikan warisan budaya yang lestari dalam kalangan sekolah menerusi pembangunan dan latihan kepada pelajar sekolah. Justeru itu, unit aktiviti PSS SK Permai Indah mengorak langkah untuk bekerjasama dengan pihak GTWHI dalam menganjurkan satu siri bengkel Permainan Tradisional dan Inovasi Permainan bagi meningkatkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan para pelajar SKPI tentang definisi dan kepentingan warisan budaya setempat.
Bengkel 3 hari yang memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar dari latar belakang budaya yang berbeza. Para pelajar berpeluang untuk bermain permaian tradisional seperti Baling Tin, Galah Panjang dll dengan menggunakan daya pemikiran kreatif dan kritis masing-masing dan mengubahsuai atau menginovasi permainan yang telah dipelajari.
Program ini akan dijalankan dengan menggabunkan dua sekolah untuk meningkatkan interaksi antara sekolah. SK Permai Indah & SJKC Jit Sin (B)
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :
- mempelajari pelbagai permainan tradisional seperti congkak, baling tin, galah panjang dll
- mengembangkan kemahiran motor
- menggalakkan kerja berpasukan dan interaksi antara sekolah-sekolah berdekatan
- meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian budaya dalam menghadapi cabaran abad ke-21
- mempelajari warisan budaya di tapak warisan dunia Georgetown UNESCO menggunakan kaedah Place Based Learning (PBL)
- memanfaatkan kaedah pembelajaran abad ke-21 (4C)-komunikasi, kolaborasi,pemikiran kreatif, pemikiran kritis dalam kehidupan seharian
Laporan Bergambar
No comments:
Post a Comment