Wednesday, August 2, 2017

Apakah itu Denggi Patrol

Visi

  • Bersatu untuk membanteras denggi di dalam usaha menjadikan Malaysia bebas denggi 


Misi


  • Untuk memperlengkap dan memperkasa murid sebagai pendidik dan insan berpengaruh dengan bertindak sebagai duta untuk mencegah denggi


Objektif

  • Program ‘Dengue Patrol’ bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak – kanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya.
  • Program ini juga bertujuan untuk memperkasa murid-murid sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi, dengan mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka



Rasional

  • Tingkatkan ilmu tentang kesedaran denggi. 


  • Galakkan aktiviti membanteras penyakit denggi dengan komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat. 


  • Murid sebagai duta kepada rakan sebaya. 
Sekolah 
  • sekolah akan bertanding untuk melaksanakan idea kempen untuk membantu Malaysia memerangi denggi.
Taklimat bersama Jabatan Pendidikan Negeri 
Taklimat negeri 
Pelaksanaan kempen 
Pemilihan pemenang 
Majlis penyampaian anugerah 

Garis Masa











Pelaksanaan Program
Sekolah menjalankan 4 aktiviti seperti berikut :


  • Seni persembahan 

Objektif:  Mewujudkan idea kreatif untuk menyampaikan maklumat tentang mesej denggi

Sekolah menyampaikan mesej pencegahan denggi dan nyah nyamuk aedes mereka secara kreatif melalui saluran seni persembahan.


  • Media Sosial dalam bahasa Inggeris

Objektif: Mewujudkan bahan kesedaran denggi di dunia maya 

Sekolah digalakkan untuk menggunakan sebanyak mungkin saluran dunia maya sebagai salah satu alat untuk menyampaikan kesedaran denggi. 
Contoh: laman sesawang, blog, facebook, twitter, instagram, youtube dan sebagainya. 


  • Khidmat Komuniti

Objektif: Galakan penyertaan komuniti 

Sekolah boleh melakukan aktiviti mengikut tema yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekitar seperti gotong royong, pameran di sekolah, sesi penerangan dan pendidikan dan sebagainya. 


  • Kuiz
Objektif: Galakan penyertaan komuniti 

Sekolah boleh melakukan aktiviti mengikut tema yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekitar seperti gotong royong, pameran di sekolah, sesi penerangan dan pendidikan dan sebagainya. 


Untuk jawab soalan kuiz (Denggi Readiness Quiz)

http://www.denguepatrol.com.my/bahan.php

No comments:

Post a Comment