Tarikh : 27 Ogos 2016
Karnival Amal Jom Makan SKPIPerasmi : Datuk Mohamad Noor Bin Ahmad
(Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan)
Klik di atas untuk video
klik atas untuk video
LAPORAN
SK Permai Indah
berganding bahu dengan Persatuan ibu Bapa & Guru (PIBG SKPI) telah
mengadakan satu Karnival Amal Jom-Makan pada 27 Ogos 2016 jam 11.00 pagi hingga
4.00 petang di perkarangan sekolah.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Datuk
Mohamad Noor Bin Ahmad iaitu Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan.
Objektif Karnival ini adalah bertujuan
bagi mengumpul dana Tabung PIBG sekolah. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah
seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan serta bagi membiayai penganjuran
aktiviti berbentuk akademik untuk para pelajar sekolah terutamanya Program
Peningkatan UPSR.
Persiapan telah mula
dilakukan beberapa hari sebelum Hari Karnival diadakan. Guru-guru dan para
pelajar bekerjasama membantu menghias pentas dan membuat persiapan menyediakan
juadah. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan
kerusi.
Penjualan Kad berharga
s
RM10 untuk warga sekolah, para pelajar serta waris
s
RM20 untuk Pegawai Kerajaan
s
RM40 untuk Ahli Koporat
Terdapat juga segelintir
penderma yang membeli kad untuk didermakan kepada Anak Yatim/Fakir Miskin untuk
hadir ke sekolah untuk menikmati juadah yang disediakan dalam Karnival
tersebut.
Sebanyak
20 gerai yang menjamukan pelbagai juadah seperti nasi ayam masak merah, roti
canai, bihun/mee/kuay teow goring, tosei, laksa, mee kuah ketam, bihun sup,
roti jala, sengkuang chalit, Pak Tongko, ais kacang, chendol, air berkarnonat
dll.
Sambutan
yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan.
Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 10 pagi sehingga tamat Hari
Karnival. Dianggarkan jumlah
pengunjung ke Karnival tersebut mencecah hampir 2 ribu orang.
Di antara aktiviti yang diadakan di samping aktiviti menjamu selera adalah
s
persembahan penyanyi
undangan
s
pertunjukan ‘magic show’
(silap mata)
s
pameran Motosikal Berkuasa Tinggi
s
Penjualan buku dan
pakaian
s
Permainan ‘Suppa Duppa”
Hari Karnival tamat pada jam
4.00 petang selepas acara kemuncaknya iaitu cabutan bertuah.
Laporan disediakan oleh Disahkan
oleh
(Teacher Lim ) (En Abdul Nasir b. Jamaludin)
Guru Media dan Perpustakaan Guru
Besar
SK Permai Indah SK
Permai Indah
Video not supported by smartphone's Google app. You can only view them through computers and laptops.
ReplyDelete