Friday, February 6, 2015

Acara Merentas Desa SKPI 2015

Tarikh : 5-6 Februari 2015
Kejohanan Merentas Desa SK Permai Indah merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan  setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid iaitu murid tahun 1-6 serta pra sekolah.  Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

Rasional
Kejohanan Merentas Desa SKPI ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

Matlamat
Kejohanan Merentas Desa SKPI ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan  murid Kejohanan Merentas Desa MSSPP yang akan datang.

Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan.

Objektif
  • Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
  • Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
  • Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  • Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  • Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  • Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.    


Laporan bergambar semasa acara ini berlangsung :
Seramai lebih kurang 750 orang murid Tahun 1-6 dan 70 orang murid Pra Sekolah telah menyertai acara merentas SKPI ini.  










Terima kasih kepada para guru, staf serta para waris SKPI yang telah 
menjayakan program ini.
Klik video di atas

Wednesday, February 4, 2015

Perjumpaan Unit Uniform SKPI

Pasukan Unit Beruniform SKPI terdiri daripada

  • Unit Pengakap Kanak-Kanak
  • Unit Kadet Remaja Sekolah
  • Unit Tunas Puteri
  • Unit Puteri Islam
  • Unit Persatuan Bulan Sabit Merah


Laporan Ko-Kurikulum Unit Uniform SKPI pada 4 Feb 2015






 Klik video di atas

Monday, February 2, 2015

Majlis Perlantikan Mentor-Mentee SKPI

Satu Majlis ringkas - Pelancaran, Perlantikan dan Penyerahan Fail Mentor-Mentee telah diadakan pada pagi perhimpunan Isnin 2 Feb.







Objektif Program
  • menwujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee (guru-murid)
  • mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
  • membina keyakinan diri pelajar
Matlamat
Murid yang semakin tercabar dalam arus pembangunan kini perlu diberi bimbingan agar mereka dapat memperkembangkan segala potensi serta menilai kelemahan diri sendiri.
Menerusi program ini murid akan didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka. Di samping itu rakan sebaya akan memainkan peranan dengan bertukar pendapat dan maklumat diri masing-masing melalui bimbingan mentor.

Perlaksanaan
Mentor (Guru)
merupakan seorang individu yang dilantik untuk membimbing meningkatkan
perkembangan potensi diri murid. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih
berjaya atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai ”role model”.

Mentee (Murid)

merupakan individu yang dibantu oleh mentor dalam proses ”mentoring” dan
biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan untuk pembangunan kendiri
dan penyesuaian diri dalam kehidupan seorang murid.

Mentoring

adalah proses memberi bimbingan, sokongan secara profesional (terlatih
dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis kehidupan
sebagai seorang murid.

Masa Perjumpaan
Semua mentor akan mengadakan sesi bersemuka dengan mentee setiap bulan iaitu pada Hari Isnin terakhir pada pukul 12.30 tgh hingga 1.00 ptg.

Jadual Mentor
1R     Cikgu Remala/Cikgu Abdul Fattah
1I       Madam Sanghita/Cikgu Nurul Ainin
1J     Cikgu Asmawati/Teacher Lim
1A    Madam Shafiqah/Ustz Normasni
1C    Ustz Maisharah/Ust. Zamri
2R    Cikgu Norhayati/Cikgu Norafiza
2I      Madam Evelyn/Cikgu Marini
2J     Ustz Ezzulliani/Cikgu Azrin
2A    Cikgu Halimatun/Ustz Ma'azah
2C    Cikgu Sarifah/Sir Helmi
3R    Cikgu Zarita/Teacher Yeap
3I      Cikgu Rosnita/Sir Firdaus
3J    Teacher Rajeswary/Ustz Hawariah
3A   Ustz Mansurah/Cikgu Rodzi
3C   Cikgu Norfazida/Cikgu Bidin
4R    Madam Ku Norhafiza/Cikgu Syazatul Shima
4I      Cikgu Zainal/Ustz Hanisah
4J     Cikgu Nazri/Ust Azlin Mursyidah
4A    Cikgu Tasnim/Cikgu Parameswaran
5R    Cikgu Razali/Ust Fauzi
5I      Cikgu Sabariah/Sir Mahadevan
5J     Ustz Siti Maryam/Ust Syakir
5A    Ustz Rohana/Cikgu Fazli
5C    Cikgu Anchalai/Ust Zawawi
6R    Madam Mahaletchumi/Cigu Ravivarman
6I      Teacher Gladys/Cikgu Sopian
6J     Cikgu Norhafisah/Cikgu Norazlin
6A    Cikgu Fazidah/Sir Anwaruddin


Video-klik di atas




Thursday, January 29, 2015

Aktiviti Bacaan Kuat di PSS

Di PSS SKPI, setiap kelas telah diperuntukkan satu jam seminggu untuk menggunakan bilik bacaan.  Para pelajar diiringi oleh guru BM masing-masing.   


Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Bacaan Kuat bersama guru.   Murid telah dibekalkan dengan buku cerita yang mempunyai tulisan font besar berserta dengan suku kata berwarna.   
Bacaan kuat ialah bacaan mekanis iaitu menyuarakan tulisan dengan suara yang jelas dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul.  

Teknik bacaan kuat  boleh dijalankan di pusat sumber di mana murid membaca buku cerita yang mempunyai pencetakan huruf yag besar dan sukukata berwarna.  


Membaca kuat merupakan satu teknik berkesan bagi menanam tabiat membaca di kalangan murid-murid yang tidak suka membaca serta kurang membaca.  

Aktiviti bacaan kuat ini dikendalikan oleh para guru yang kebiasaannya melibatkan murid yang kurang lancar membaca.

Manakala murid yang lebih berdikari boleh membaca buku tanpa bimbingan guru


Wednesday, January 28, 2015

Kelas Tambahan Tahun 4 hingga 6

Mulai 20 Jan 2015, pihak sekolah telah menganjurkan Kelas Tambahan bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pada setiap hari Selasa dan Khamis.  Kelas diadakan secara bergilir untuk empat mata pelajaran teras iaitu B Malaysia, B Inggeris, Matematik dan Sains.  

Tahun 4 & 5  dari pukul 2.00 hingga 3.00 ptg
Tahun 6 dari pukul 2.00 hingga 3.30 ptg

Kelas-kelas ini dikendalikan oleh para guru SKPI yang dedikasi.    

 Kelas Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 5 Camellia
Aktiviti Vocabulary Word Search untuk menarik minat pelajar lemah terhadap Bahasa Inggeris
 Kelas Sains sedang berlangsung
Murid membuat latihan melabelkan gambarajah Sains bersama guru

Tuesday, January 27, 2015

Taklimat Peraturan & Disiplin Sekolah untuk murid Tahun 1

27 Jan, telah dijalankan satu taklimat ringkas mengenai Peraturan dan Disiplin Murid SKPI kepada murid-murid Tahun 1 yang disampaikan oleh Guru Disiplin iaitu Ust. Mohd Fauzi Omar.













Para pelajar telah didedahkan kepada penjagaan imej sebagai seorang pelajar yang baik seperti tatacara pemakaian baju seragam, kekemasan dan kebersihan diri. Turut didedahkan peraturan sekolah iaitu beratur dan berjalan dari bilik darjah ke bilik-bilik khas yang lain, keadaan disiplin ketika berada di bilik darjah, perpustakaan dan kantin sekolah.  


Monday, January 26, 2015

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber sesi 2015

Satu majlis ringkas Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015 telah diadakan pada pagi 26 Januari 2015.  










Seramai orang pengawas 116 pengawas sekolah dan 33 orang Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikah perlantikan masing-masing daripada guru besar SKPI, En. Mohd Hasri b Hassan.






(Klik di atas untuk video-Perlantikan Pengawas Sekolah)


(Klik di atas untuk video-Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah)