Sunday, September 7, 2014

Program Tautan Kasih & Solat Hajat UPSR 2014 - SKPI

Program Tautan Kasih dan Restu Ilmu Murid-Murid Tahun 6/Calon UPSR 2014 SKPI telah diadakan pada 7 September.  Acara bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.  

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan 
Bacaan Yassin
Solat Hajat
Slot Kerohanian-oleh Ustaz Izab Hambali bin Hamzah











Pengecualian Hadir Ke Sekolah Sempena UPSR 2014

Pengecualian Hadir Ke Sekolah Secara Bergilir sempena UPSR yang akan berlangsung dari 9 sehingga 11 September 2014.  

Berikut adalah jadual pengecualian kehadiran ke sekolah para pelajar Tahun 1-5 SKPI.



Saturday, September 6, 2014

Ihtifal JQAF & Khatam Al Quran Peringkat Negeri

Pasukan SKPI berjaya mendapat tempat Naib Johan di dalam Ihtifal JQAF dan Khatam Al Quran Peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Guar Perahu pada 6 September 2014.


Tahniah kepada pasukan SKPI serta guru pembimbing - Ustazah Azlin Mursyidah dan Ustazah Siti Maryam 

Friday, September 5, 2014

Program Bacaan Yaseen & Solat Perdana CUIT

5 September 2014, 3.00- 5.30 ptg

Program Bacaan Yaseen dan Solat Hajat Perdana CUIT, telah diadakan di Masjid SM Teknik dan Vokasional, Seberang Perai bagi para pelajar tahun 6 SKPI yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan, 9-11 September 2014.

Program ini telah dihadiri oleh para guru dan waris SKPI.  





Kem UPSR SKPI

Kem UPSR telah diadakan untuk para pelajar Tahun 6 SKPI pada 4 dan 5 September.

Lokasi Kem
Kumpulan 1 - Pusat Kecemerlangan Sukan, Pulau Pinang
Kumpulan 2 - Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang
















Monday, September 1, 2014

Sunday, August 31, 2014

Hari Kemerdekaan ke 57

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada hari ini.  

Di sini lahirnya sebuah cinta merupakan tema pada tahun ini.  Ianya dipetik daripada sebaris lirik lagu bertajuk Warisan nyanyian seorang penyanyi terkenal -Sudirman Hj Arshad .


Tema yang membawa maksud melahirkan semangat cinta yang mendalam terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia


Saturday, August 30, 2014

Buku-Buku Fiksyen Tahap 1

Satu set buku fiksyen yang mengandungi font huruf bersaiz besar telah disediakan di ruang santai PSS untuk para pelajar Tahap 1.  Set ini terdiri daripada 72 buah buku, 24 judul.   


Para guru BM Tahun 1-3 boleh menggunakan buku-buku tersebut pada waktu perpustakaan untuk menjalankan aktiviti Bacaan Nilam.
Buku-buku ini mempunyai jalan cerita yang mudah serta menarik.  Ianya tidak mengandungi terlalu banyak perkataan yang sukar difahami.   



Illustrasi gambar yang menarik 


Sukukata yang berwarna

Thursday, August 28, 2014

Kejohanan Persahabatan Ragbi Rimau


SK Permai  Indah telah menganjurkan satu Kejohanan Persahabatan Ragbi Rimau (11 TKB) di padang padang SKPI pada 28 Ogos.  Sebanyak lapan buah sekolah di sekitar Bukit Mertajam telah menyertai perlawanan tersebut.















Keputusan
SK Permai Indah  (0) vs SK Seri Impian (5)
SK Permai Indah (0) vs SK Sg Batu (5)
SKPermai IndahI (10) vs SK Pauh Jaya (5)


# SK Permai Indah berjaya mendapat tempat ketiga (kumpulan)  tetapi tidak layak masuk ke  
peringkat semi final.  


Johan          - SK Pokok Sena
Naib Johan - SK Tanah Liat


Pasukan Ragbi Rimau SK Permai Indah bersama pengurus pasukan Cikgu Sopian