Saturday, May 19, 2012

LDP SKPI

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke-4 SKPI diadakan pada 19 Mei.  Tajuk - " Disiplin Keguruan Untuk Melahirkan Guru Inovatif " yang telah disampaikan oleh penceramah Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail.

Untuk sesi seterusnya, En. Helmi telah memberikan satu taklimat ringkas mengenai e-SPLG [Sistem Pengurusan Latihan Guru]. 

 

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Pada 16 Mei 2012, Rabu, Sekolah Kebangsaan Permai Indah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis tersebut. Ianya diadakan di dataran sekolah dan dewan terbuka. Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Zainol Abidin bin Ismail.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah bertungkus lumus mengajar serta mendidik para pelajar SKPI sehingga Berjaya. Seperti kata pepatah, “Jika tiada guru, tiadalah doktor angkasawan dan lain-lain manusia yang berjaya.

Semua warga sekolah SKPI tiba di sekolah dengan perasaan yang gembira. Suasana pada hari tersebut sungguh meriah. Para pelajar telah menghadiahkan pelbagai bentuk hadiah kepada guru-guru masing-masing.

Acara Sukaneka dan persembahan guru diadakan dan telah berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, murid-murid telah mengadakan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, nasyid dan sketsa untuk menghiburkan guru-guru tersayang. Satu jamuan makan ringkas telah diadakan untuk meraikan Hari Guru.

Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah.







SELAMAT HARI GURU

Monday, May 14, 2012

Kejohanan Bola Baling MSSPP

Kejohanan Bola Baling MSSPP 2012
berlangsung di SK Juru pada 8-9 Mei 2012

Pasukan Perempuan SKPI - Johan
Pasukan Lelaki SKPI - Tempat Ketiga



Thursday, May 10, 2012

Thursday, May 3, 2012

Taklimat Program Susu 1-Malaysia

Satu taklimat ringkas tentang Program Susu 1 Msia telah diadakan untuk para pelajar SK Permai Indah pada 3 Mei.  Wakil daripada Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad telah menerangkan kepentingan serta khasiat susu untuk tumbesaran kanak-kanak.  Beliau turut menjelaskan teknik mengenali susu yang baik iaitu teliti fizikal kotak susu serta tarikh luputnya.  Cara membuka kotak dan straw turut diterangkan. Kotak susus perlu digoncang sebelum diminum.  Para pelajar diwajibkan untuk menghabiskan kesemua susu dalam masa tersebut.  Menghirup susu secara perlahan dan duduk sebentar selepas selesai minum untuk memudahkan penghadaman. 









Tuesday, May 1, 2012

Pusat Sains Negara bersama PSS

Satu Program PSS bersama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah diadakan pada 30 April.  Para pelajar Tahap 2 telah berpeluang menyaksikan demonstrasi Sains yang telah dipertunjukan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Sains.




Monday, April 30, 2012

Larian Perpaduan 2012

Larian Perpaduan 2012
berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Westland Pulau Pinang pada 29 April 2012.
Jumlah peserta - 168 orang

Para Peserta SKPI
Farah Hanim - Tempat ke 11
Nurul Hidayah - Tempat ke 14
Nurul Sobrina - Tempat ke 15
Puteri Nur Batrisha - Tempat ke 28
Salina - Saguhati
Sakinah Mahalel -Saguhati


Kejohanan Sepak Takraw MSSM

Dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSM PP 12TKB (Peringkat Kebangsaan), SK Permai Indah telah menjadi johan dalam kategori Berpasukan dan Naib Johan dalam Kategori Regu.
Pertandingan tersebut telah berlangsung di Melaka pada 16-20 April.
Syabas kepada pasukan Sepak takraw SKPI.

Tuesday, April 24, 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSM



Satu lagi kejayaan SK Permai Indah dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSM 12TKB di Melaka pada 16~20 April 2012.

-Johan Berpasukan-Peringkat Kebangsaan
-Naib Johan Regu-Peringkat Kebangsaan

Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pasukan Nasyid Lelaki SK Permai Indah telah berjaya mengondol Naib Johan dalam Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 18 April.  Pertandinagan tersebut telah dijalankan di SMK Tun Syed Syed Syeikh Barakbah. 
Tahniah kepada pasukan Nayid SKPI.

Friday, April 20, 2012

Aunty Anne's Story



Kehadiran Aunty Anne dan Sister May ke SKPI untuk menjalankan satu sesi bercerita kepada para pelajar SKPI.  Menerusi sesi ini adalah diharap dapat menanamkan sikap minat membaca di kalangan para pelajar. 


Thursday, April 19, 2012

Pertandingan Tadarus Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pertandingan Tadarus Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung pada 18 April di SMK Teluk Bahang.  Dengan tema "Al Quran Menjana Transformasi Ummah.

Adik Nur Fatihah Abd Rahman berjaya meraih kemenangan di tempat kedua dalam acara Tilawah.  Manakala adik Hykarl Ukasyah Mohd Azhar mendapat tempat ke-3 dalam acara bercerita.  Majlis Penutup telah disempurnakan oleh  Pengarah Pelajaran Pulau Pinang,  Y.Bhg Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamaruddin.

Tahniah kepada kedua-dua pelajar SK Permai Indah. 





Wednesday, April 18, 2012

Kejohanan Ragbi Rimau MSSPP Peringkat Negeri

Kejohanan Ragbi Rimau MSSPP Peringkat Negeri telah berlangsung pada 17 April di SMK Penanti, Kubang Semang.  Pasukan Ragbi SK Permai Indah berjaya meraih tempat Pertama dalam kedua-dua Kategori Cup (Divisyen 1) dan Kategori Plate (Divisyen 2).  SYABAS


 

Wednesday, March 28, 2012

Kejohanan Bola Jaring MSSPP 12 TKB

Kejohanan Bola Jaring MSSPP 12 TKB
Tarikh   : 27-28 Mac 2012
Tempat : Padang SM Teknik Bukit Mertajam



Tuesday, March 27, 2012

Kejohanan Bolang Jaring MSSPP 12TKB

SK Permai Indah telah menjadi Tuan Rumah kepada Kejohanan Bolang Jaring MSSPP 12TKB pada 27-28 Mac yang bertempat di Padang SM Teknik. 
Gambar-gambar akan di 'upload' dalam tempoh terdekat. 

Sunday, March 25, 2012

English Yr 2 Assessment






Assessment Date : 23 March 2012
Class  : 2 Allamanda

B1 DL1

Say aloud and recite rhymes or sing songs with guidance.
Learning Standard
1.1.3 Able to listen to, say aloud and recite rhymes or sing songs.
Descriptor
Say aloud and recite rhymes or sing songs with guidance.
B1 DL1 E1
Able to do any of the following with guidance:
- recite rhymes
- sing songs
- sing in groups
Evidence
Pupils sang a song and recite jazz chant.
-  Getting to know a new friend [ Textbook pg 2 ]
 - Hello, Hello    [ Textbook page 8 ]
 - See! See !    [ Textbook page 13 ]
 - Do it right      [ Textbook page 16 ]

Saturday, March 24, 2012

Komen Anda amat dialu-alukan.

Anda boleh membuat komen di rungan ini.