Monday, April 13, 2015

Pertubuhan ASEAN - Pengenalan

Pengenalan
ASEAN merupakan singkatan bagi "Association of Southeat Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Asean di Bangkok, Thailand.







Tujuannya adalah bagi mengukuhkan kerjasama serantau.  


Ianya terdiri daripada negara-negara pengasas iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Hampir dua dekad kemudian, Brunei, Laos, Vietnam dan Kemboja telah menyertai Pertubuhan ASEAN.

Negara-negara keanggotaan ASEAN menerajui wawasan bahawa setiap negara di Asia Tenggara bekerjasana secara aktif ke arah keamanan, kestabilan, kemajuan serta kesejahteraan rantau ini.


"Pertubuhan ini mewakili kehendak bersama negara-negara Asia Tenggara untuk bersatu dalam semangat persahabatan serta kerjasama dan melalui usaha serta pengorbanan bersama memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk setiap rakyat."  

Deklarasi Bangkok 8 Ogos 1967


Objektif Penubuhan ASEAN

Asean ditubuhkan dengan matlamat untuk kepentingan bersama serta mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.  

Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memaju serta meningkatkan sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar.




Deklarasi Bangkok yang ditandatangani pada 8 Ogos 1967 telah menggariskan objektif utama ASEAN iaitu :-


  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usahasama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara.
  • Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghormati keadilan dan undang-undang di dalam hubungan antara negara serta mematuhi prinsip-prinsip carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

  • Mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu ke atas perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

  • Mengadakan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi aktiviti pertanian dan industri, meluaskan perdagangan dan komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan serta komunikasi dan taraf rakyat.

  • Menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara.
  • Mengekalkan kerjasama erat dengan organisasi antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat sama serta mencari jalan merapatkan lagi kerjasama dengan mereka.

Sunday, April 12, 2015

Komuniti ASEAN


Komuniti ASEAN - PSS SKPI

Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada 26-27 April.  

Manakala, pada 19-21 November, Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di mana pelancaran Komuniti ASEAN akan berlangsung. Dalam persidangan ini, bakal diadakan mesyuarat bersama rakan dialog iaitu Jepun, Korea Selatan, China, Australia, India dan Amerika Syarikat. 

Selaras dengan Malaysia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, PSS SK Permai Indah turut serta menjalankan Program Komuniti Asean untuk mendedahkan para pelajar kepada maklumat-maklumat berkaitan Pertubuhan ASEAN. 

Selama seminggu, blog PSS SKPI akan memaparkan maklumat mengenai Pertubuhan ASEAN berserta video dan kuiz.  Para pelajar SKPI turut boleh menyertai forum Komuniti ASEAN dalam VLE Frog.   

Saturday, April 11, 2015

Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al Quran Peringkat Negeri

Seorang pelajar SKPI telah menyertai Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah (MASASS) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2015 anjuran Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Ianya telah diadakan di SMK Seri Balik Pulau pada 11 April.


Adik Muhd Hakim bin Haizad  telah berjaya meraih tempat ke-tiga dalam acara Bercerita Kisah-Kisah Al Quran kategori Sekolah Rendah (lelaki).








Majlis Penyampaian Hadiah semasa perhimpunan rasmi sekolah -13/4/2015

Friday, April 10, 2015

Aktiviti Kemahiran Hidup - SKPI

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, para pelajar menjalani proses pembelajaran secara praktikal dalam mengenal bahagian-bahagian sebuah basikal.





Topik 
  • Mengenal pasti bahagian yang perlu menyenggara dan baik pulih pam basikal seperti loceng dan brek basikal .  
  • Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik seperti playar gabung boleh laras, pemutar skru pulih rata, pemutar skru phillips, tukul bonggol bulat dan penggumpil tayar.
  • menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak
  • memeriksa, menguji dan melaras
  • memilih alatan tangan dan bahan yang sesuai untuk membaiki rantai basikal

Thursday, April 9, 2015

Karnival BM Kelompok R3

Tiga orang pelajar SKPI telah menyertai Karnival Bahasa Melayu Kelompok R3
dalam acara : - 
Pertandingan Pidato, 
Pertandingan Bercerita Tahap 1 
Pertandingan Bercerita Tahap 2


 Amar Mizwar - Pertandingan Pidato

Muhd Rizq Azhar - Pertandingan Bercerita Tahap 1

Pertandingan Bercerita Tahap 2

Wednesday, April 8, 2015

Perjumpaan Unit Beruniform SKPI

8 April 2015
Aktiviti Pergerakan Unit Beruniform SKPI.  Para pelajar telah diberi pendedahan tentang tatacara penyediaan makanan seperti proses penyediaan makanan, kebersihan diri, makanan seimbang dan keselamatan semasa memasak.   


Unit Tunas Puteri menjalankan aktiviti 'penyediaan minum petang'






Aktiviti Puteri Islam menjalankan aktiviti memasak - mi goreng dan sandwic










Thursday, April 2, 2015

Penang Germ Buster Race - SKPI

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menganjurkan satu program Penang Germ Buster Race.


 Pertandingan tersebut telah diadakan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Sg Jawi, Nibong Tebal pada 2 April.






Para Peserta dari SKPI
Erfan Haiqal B. Erwin Sufardy
Muhammad Amirul B. Shahidan
Shella Syauqina Bt. Mohd Zakuan
Anis Amira Bt. Zulhasdee
SKPI telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Explorace.



Wednesday, April 1, 2015