Video-Klik di atas
Monday, October 20, 2014
Sunday, October 19, 2014
Sukan SKPI 2014
SK Permai Indah telah menjalankan Kejohanan Olahraga, Balapan dan Sukan pada 18 Oktober 2014 (Sabtu). Majlis yang sederhana tetapi meriah tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Zainol Abidin bin Ismail, YDP PIBG SK Permai Indah.
Video-klik di atas
Friday, October 17, 2014
Wednesday, October 15, 2014
Pembaca Terbanyak Bulan Ogos
Keputusan Pembaca Terbanyak Bulan Ogos
Tahun 5
Muhammad Afiq Luqman b. Ahmad Rosli - 5 Rafflesia
Tahun 4
Mohammad Nazmeen b Ahmad Ismail - 4 Rafflesia
Tahun 3
Nandhini a/p Satiasilim - 3 Jasmine
Tahun 2
Nurul Ellyana bt Zulkifli - 2 Rafflesia
Tahun 1
Nur Zahirah Batrisyia bt Mohd Nazri - 1 Rafflesia

Sunday, October 12, 2014
Semakan Keputusan UPSR 2014
Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat, adik-adik boleh membuat semakan di sekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.
Adik juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui SMS.
Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR
Semakan Keputusan UPSR 2014 secara SMSSemakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC001A049 hantar ke 15888
PSS SKPI mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar Tahun 6 - 2014.
Saturday, October 11, 2014
Berakhir sudah UPSR 2014
UPSR 2014 baru sahaja tamat beberapa hari yang lalu, di mana murid-murid Tahun 6 telah menempuhi pelbagai rintangan - ujian ditangguh, peperiksaan diulang...dan sebagainya.
26 November 2014 (Klik di tarikh ini)
sumber :
http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20141010/dn_04/Keputusan-UPSR-diumum-26-November
http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20141010/dn_04/Keputusan-UPSR-diumum-26-November
Friday, October 10, 2014
Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Cina Tahap 1
Panitia Bahasa Cina SKPI bersama Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan satu Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Mandarin pada 10 Oktober 2014.
Seramai 30 orang pelajar berbangsa Melayu, India dan Kadazan dari Tahun 1-3 telah menyertai pertandingan tersebut.
Cikgu Yeap, selaku Ketua Panitia Bahasa Cina telah mengendalikan pertandingan tersebut.
Manakala hakim pertandingan terdiri darpada beberapa orang guru BM, BI, Matematik.dan Muzik.
Video (klik di sini)
Wednesday, October 8, 2014
Penyampaian Hadiah Rasmi- Kejohanan Sepak Takraw
Pasukan Sepak Takraw SKPI telah berjaya meraih kejayaan yang agak cemerlang dalam Kejohanan Sepak Takraw Zon Bukit Mertajam baru-baru ini.
(KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN)
Tuesday, October 7, 2014
Hari Kanak-Kanak SKPI 2014
Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriah di dewan SKPI pada 7 Oktober 2014.
Tujuan sambutan Hari Kanak-Kanak ini diadakan bagi memberi penghormatan serta pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada murid-murid SKPI yang bergelar kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan memberi kegembiraan kepada setiap murid SKPI. Diharap menerusi kegembiraan ini, dapat merangsang murid SKPI untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek kerana mereka bakal mewarisi dunia ini kelak.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan :-

- Persembahan Murid
- Dikir Barat bahasa Arab
- Bercerita/Story-Telling
- Pakaian Patriotik
- Spelling Bee
- SKPI Got Talent
- Kuiz
- Permainan -musical chair, water melon eating contest
Program Korban Aidil Adha SKPI 2014
Program Korban sempena Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di padang SKPI pada 7 Oktober berserentak dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak.
Hasil Korban ini telah disumbangkan oleh para guru, kakitangan serta waris SKPI untuk diagih-agihkan kepada murid-murid miskin, anak-anak yatim dan warga sekolah yang beragama Islam.
Segala urusan penyembelihan diruskan oleh para guru serta AJK PIBG yang bermula sekitar pukul 8.00 pagi dan berakhirnya dengan sajian nasi daging kepada warga SKPI (para pelajar, guru dan staf sokongan Islam) di sebelah tengahari.
Para Guru dan wakil PIBG bergotong royong menyediakan nasi daging untuk disajikan kepada warga sekolah.
Dalam pada itu, para pelajar dan guru bukan Islam turut menikmati masakan nasi ayam yang disumbangkan oleh pihak sekolah sempena sambutan Hari Kanak-Kanak.

Sunday, October 5, 2014
Friday, October 3, 2014
Perlawanan Sepak Takraw Zon BM 2014
SK Permai Indah telah menjadi tuan rumah kepada Perlawanan Sepak Takraw Zon Bukit Mertajam yang berlangsung dari 1-3 Oktober bertempat di dewan Kolej Vokasional.
Keputusan
Acara Regu
SK Machang Bubuk (B)
SK Kebun Sireh (A)
SK Permai Indah (A)
SK Machang Bubuk 2 (B)
Acara Berpasukan
SK Machang Bubuk 2
SK Permai Indah
SK Kebun Sireh
SK Juara
Tekong Terbaik - Ahmad Firdaus (SKMB2)
Apit Kanan Terbaik - M. Amirul Syahmi (SKMB2)
Apit Kiri Terbaik - M. Badrul Aswad (SKMB)
Tahniah diucapkan kepada pasukan SKPI serta juru latih, Cikgu Azrin, Ust. Nawawi, Cikgu Sopian dan Cikgu Rodzi.

Thursday, October 2, 2014
Perlawanan Bola Jaring Zon BM 2014
Pasukan SKPI telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Perlawanan Bola Jaring Zon Bukit Mertajam yang diadakan pada 1 Oktober bertempat di SMK Convent BM.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SKPI berserta jurulatih dan guru pembimbing, Cikgu Saripah, Cikgu Remala, Ustazah Hanisah & Ustazah Azlin Mursyidah.
Subscribe to:
Posts (Atom)