Sunday, February 23, 2014

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber 2014

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Pengawas Pusat Sumber

Tarikh - 20 hingga 22 Februari 2014

Tempat - Pusat Ko-Kurrikulum Pulau Pinang

Peserta- 80 orang murid SK Permai Indah dan 80 orang murid SK Tanah Liat























Monday, February 17, 2014

Larian Perpaduan 2014


Para pelajar SK Permai Indah telah menyertai dalam acara Larian Perpaduan 2014 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (Unit Sukan) pada 16 Februari 2014. 

Kategori Lelaki 12 tkb Mohd Syahmi Haziq tempat ke-empat . 

Muhamad Lutfil Hadi tempat ke-13. 

Kategori Perempuan 12 tkb Nur Asshafirah Ishak tempat ke-20 . 

Qhairunisya Mohd Zanili tempat ke-21. 

Tahniah diucapkan kepada para peserta SKPI serta juru latih -Cikgu Mohd Fazli dan Cikgu Norhayati.










Saturday, February 15, 2014

Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 2014

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Perpaduan 2014
Tarikh       - 8 dan 9 Februari 2014
Tempat     - Padang USM, Minden Heights


Pasukan Bola Sepak Sk Permai Indah telah Berjaya mendapat tempat ke-empat dalam kategori  Kategori Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang 12 tahun ke bawah.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan juru latih, Cikgu Mohd. Helmi dan Cikgu Abdul Fattah
 
 
.

 



 

Friday, February 14, 2014

Kejohanan Hoki Piala Pengetua 2014

 
 
 
Pasukan Hoki SK Permai Indah telah menyertai Kejohanan Hoki Piala Pengetua yang telah diadakan di SMK Durian Tunggal, Melaka pada 7 hingga 9 Februari 2014.

SK Permai Indah telah diwakili oleh oleh 4 pasukan - dua lelaki dan dua perempuan (bawah 12 tahun). 

Pasukan perempuan A telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Hoki SKPI dan juru latih - Cikgu Zulfazila & Cikgu Azri.

Monday, February 10, 2014

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang 2014

 
Pasukan Nasyid Lelaki SKPI berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang pada 8 Februari, bertempat di Dewan Al Khawarizmi, SMK Permatang Pasir.

Berikut adalah para peserta Pasukan Nasyid SKPI
 -Muhammad Aifi Hakimi Zulfahmi
-Muhammad Mifzal Irfan Mahadzar
-Irfan Rusyaidi Suhaimi
 -Muhammad Haikal Hilman Mohd Hanafiah
-Muhammad Haikal Danial Mohd Hanafiah
-Muhammad Ammar Shapari
-Muhammad Afiq Luqman Ahmad Rosli
-Muhammad Zamir Irfan Mohd Zamani
-Mohammad Hazim Mohamad Faisal.

Tahniah kepada para guru yang bertungkus lumus melatih pasukan nasyid ini
-Ustaz Mohd Shakir Shafie
-Ustaz Mohd Syakir Moktar
-Ustazah Maryam Mehamad Shafie
-Ustazah Azlin Mursyidah Wan Hamid


 


 

Monday, January 20, 2014

Majlis Perlantikan Pengawas PSS sesi 2014

Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah SK Permai Indah bagi sesi 2014 telah menerima watikah perlantikan masing-masing dalam satu majlis pada 20 Januari 2014. Pembacaan ikrar disempurnakan oleh ketua pengawas.






Thursday, January 2, 2014

Sesi Persekolahan 2014

Sesi persekolahan Tahun 2014 bermula dengan azam dan semangat baru bagi para pelajar SK Permai Indah, terutamanya kepada adik-adik di Tahun 1 dan Pra Sekolah.

Wednesday, January 1, 2014

Bidang Tugas GPM SKPI 2014

BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SK PERMAI INDAH 2014

Bertanggungjawab kepada Guru Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

1       GPM

1.1      Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

1.2      Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid.

1.3      Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum Sekolah.

1.4      Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemaskini.

1.5      Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

1.6      Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

1.7      Merancang, melaksana, menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

1.8      Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

1.9      Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

1.10    Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah.

1.11    Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

1.12    Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah

1.13    Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah

1.14    Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah

1.15    Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri

1.16    Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

1.17    Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

1.18   Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.



Disediakan oleh

LIMSWEESIM

Pn. Lim Swee Sim
Guru Perpustakaan & Media
SK Permai Indah
14000 Bukit Mertajam

1 Januari 2014



Saturday, December 28, 2013

Orientasi Tahun 1 & Pra Sekolah

Satu sesi Orientasi telah diadakan untuk para pelajar baru Tahun 1 dan Pra Sekolah pada 28 Disember, 2013.